Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Gunong Semanggol. No. Lot—3003. Jenis dan No. Hakmilik—G.M.
4666. Bahagian tanah (jika ada)—Semua bahagian. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 1518/2002.
Bertarikh 10 Disember 2007
[PTK(FC) 369/07/33]
AZHARI BIN HAKIM b.p. Pentadbir Tanah Daerah
Kerian
No. 33.
Kepada Inn Kongsi Rice Mill Sdn. Bhd. No. Syarikat: 3447/75 (Tempatan
25553) yang beralamat di Jalan Bahru, Batu 6, 34200 Parit Buntar, Perak dan/
atau No. 44, Ah Quee Street, 10200 Pulau Pinang dan/atau Batu 6, Lot 4682
Jalan Bahru, 34200 Parit Buntar, Perak dalam gadaian yang tersebut dalam
Jadual di bawah ini bagi tanah sebagaimana yang tersebut di dalamnya.
Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadai dalam gadaian yang tersebut suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah seksyen 260(2) Kanun Tanah Negara.
Dan bahawasanya saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan yang tersebut di Pejabat Tanah Kerian, Parit Buntar, Perak
Darul Ridzuan pada hari Selasa, 4 Mac 2008, jam 10.30 pagi.
Maka oleh yang demikian, menurut seksyen 261(1)(c) Kanun Tanah Negara tuan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan tersebut dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah tersebut tidak patut dibuat.