(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Khamis 28 Ogos 2008, jam 10.00 pagi di Pejabat
Tanah Gopeng dan Kampar; dan
/akn/my-08/state_gazette/unknown/prkgn015y2008/no-1060
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Laily Suhana binti Ramli, Penolong Pentadbir Tanah, pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 1060, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Khamis 28 Ogos 2008, jam 10.00 pagi di Pejabat
Tanah Gopeng dan Kampar; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM35,000.00 (Ringgit
Malaysia: Tiga Puluh Lima Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM127,201.70 Bank Pertanian
Malaysia (Ringgit Malaysia: Seratus Dua Puluh Tujuh Ribu, Dua Ratus Satu dan Tujuh Puluh Sen sahaja).
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memilik, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas;
RM3,500.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Lima Ratus sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan jika tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah wang yang dinyatakan di dalam perenggan (a)
hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah wang yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
1032
[17hb Julai 2008
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 27 Disember 2008 dan bahawa tiada ada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah dinyatakan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah wang yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Teja. No. P.T.—3073. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 1499. Bahagian tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan:
527/2003.
Bertarikh 24 Jun 2008
[PTG&K(D) 17/5-34]
LAILY SUHANA BINTI RAMLI b.p. Pentadbir Tanah Kinta
Gopeng dan Kampar