(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 5 Jun 2008 pada 10.00 pagi di Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis;
dan
/akn/my-09/state_gazette/unknown/psgn012y2008/no-27
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Mhd. Noor bin L. Daud, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang diberi is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 27, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 5 Jun 2008 pada 10.00 pagi di Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis;
dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM40,000.00 (Ringgit
Malaysia Empat Puluh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada *pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM37,979.
29. Nama pemegang gadaian—Southern Bank Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas—RM4,000.00
(Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah wang yang dinyatakan di dalam perenggan (a)
hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah wang yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah wang yang kena bayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada
Satu Ratus Dua Puluh Hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 3 Oktober 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang dinyatakan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang dinyatakan di bawah seksyen 267.
WARTA KERAJAAN NEGERI PERLIS
5hb Jun 2008]
51
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Kuala Perlis. No. Lot/Petak/P.T.—PT 4442. Jenis dan No.
Hakmilik—HSM 2404. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Pers No. 1073/2002 (Satu hakmilik sahaja).
Bertarikh 12 Mei 2008
[PTG.Ps.(R) 1/80F 1461(31A)]
MASLINA BINTI CHE LIN @ HALIM
Penolong Pentadbir Tanah
Perlis