(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 23 Januari 2007 jam 11.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Daerah/Tanah Petaling, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah
Petaling, 47500 Subang Jaya, Selangor; dan
/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn001y2007/no-73
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Nasimah binti Haji Abd Hamid, Pentadbir Tanah Petaling, pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 73, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 23 Januari 2007 jam 11.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Daerah/Tanah Petaling, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah
Petaling, 47500 Subang Jaya, Selangor; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM90,000.00 (Ringgit
Malaysia: Sembilan Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini 30 November 2006 adalah
RM96,072.50. (Ringgit Malaysia: Sembilan Puluh Enam Ribu Tujuh Puluh
Dua dan Sen Lima Puluh sahaja)
Pemegang Gadaian: RHB Bank Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan sepuluh peratus (10%)
daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM9,000.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
4hb Jan. 2007]
45
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 23 Mei 2007 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Damansara. No. Lot/P.T.—41. Jenis dan No. Hakmilik—
H.S.(M) 1528. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—No. Perserahan 1959/2000.
Bertarikh 14 Disember 2006
NASIMAH BINTI HAJI ABD HAMID
[PTP. 12/108/06]
Penolong Pentadbir Tanah
Petaling