JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Klang. No. P.T.—23383. Jenis dan No. Hakmilik—
H.S.(M) 42557. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—No. Perserahan 2837/95, Jilid 348, Folio 12.
Bertarikh 5 Februari 2007
Pentadbir Tanah
[PTK. 15A/31/2006]
Klang
No. 530.
Saya, Abd. Karim bin Klb. Othman, Pentadbir Tanah Klang pada menjalankan kuasa yang diperuntukkan oleh seksyen 257/263 Kanun Tanah Negara, dengan ini memerintahkan supaya dijual tanah/bahagian tanah yang tak dipecahkan/
pajakan/pajakan kecil yang diperihalkan di dalam Jadual di bawah:
Dan saya selanjutnya memerintahkan—
(a) bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelongan awam, yang akan diadakan pada 23 Mac 2007 pada 10.00 pagi bertempat di
Perkarangan, Pejabat Daerah/Tanah Klang, Jalan Kota, 41902 Klang,
Selangor; dan 1hb Mac 2007]
383
(b) bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM180,000.00 (Ringgit
Malaysia: Satu Ratus Lapan Puluh Ribu sahaja).
2.
Saya dapati bahawa jumlah amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian itu pada tarikh ini 5 Disember 2006 ialah RM149,285.28 kepada
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.
3.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a) penawar memiliki, sejumlah wang bersamaan dengan sepuluh peratus
(10%) daripada harga rizab yang telah ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM18,000.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Belas Ribu sahaja);
(b) amaun penuh harga belian boleh dibayar serta-merta kepada pemegang gadaian oleh penawar yang berjaya selepas ketukan tukul;
(c) di mana amaun penuh harga belian tidak dibayar selepas ketukan tukul oleh penawar yang berjaya—
(i) maka, jumlah yang tercatat dalam perenggan (a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan akan dipegang sebagai deposit sehingga jumlah penuh harga belian dibayar; dan
(ii) sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, jumlah yang dinyatakan dalam perenggan kecil (i) akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah kena bayar kepada pemegang gadaian;
(d) baki harga belian mestilah diselesaikan pada tarikh tidak lewat daripada satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 22 Julai 2007 dan tiada sebarang lanjutan masa bagi tempoh tersebut; dan
(e) sekiranya baki harga belian tersebut tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit kepada pemegang gadaian akan dilucuthak dan akan dilupuskan dengan cara yang diperuntukkan di bawah seksyen 267.