(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 22 Mei 2008 jam 10.00 pagi di Pejabat Tanah Daerah
Gombak, Bangunan Sultan Sulaiman, KM 16 Jalan Rawang, Persiaran
Pegawai, 68100 Bandar Baru Selayang, Selangor; dan
/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn007y2008/no-872
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Nordin bin Abdullah, Pentadbir Tanah Gombak pada menjalankan kuasa is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 872, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 22 Mei 2008 jam 10.00 pagi di Pejabat Tanah Daerah
Gombak, Bangunan Sultan Sulaiman, KM 16 Jalan Rawang, Persiaran
Pegawai, 68100 Bandar Baru Selayang, Selangor; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM250,000.00 (Ringgit
Malaysia: Dua Ratus Lima Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM148,126.
30. Nama
Pemegang Gadaian: Perwira Affin Bank Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM25,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lima Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
27hb Mac 2008]
695
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar, selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 19 September 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan;
dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d) jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
jadual tanah dan kepentingan
Mukim—Hulu Kelang. No. Lot/P.T.—9027. Jenis dan No. Hakmilik—
H.S.(M) 12662. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—No. Perserahan 503/1997, Jilid 168, Folio 136. (Satu (1) Hakmilik sahaja).
Bertarikh 8 Januari 2008
Pentadbir Tanah
[PTDG. 15/81/99(02)]
Gombak