JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Kapar. No. Lot—15303. Jenis dan No. Hakmilik—G.M.
992. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—
No. Pers. 6385/94, Jld. 337, Fol. 53.
Bertarikh 5 Mac 2004
Pentadbir Tanah
[PTK. 15A/129/2001]
Klang
No. 555.
Saya, Muhamad Rizal bin Md. Abdullah, Pentadbir Tanah Klang pada menjalankan kuasa yang diperuntukkan oleh seksyen 263 Kanun Tanah Negara, dengan ini memerintahkan supaya dijual tanah/bahagian tanah yang tak dipecahkan/pajakan/
pajakan kecil yang diperihalkan di dalam Jadual di bawah:
Dan saya selanjutnya memerintahkan—
(a) bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelongan awam, yang akan diadakan pada 23 Julai 2004 jam 11.00 pagi bertempat di Perkarangan
Lobi, Pejabat Daerah/Tanah Klang, Jalan Kota, 41902 Klang, Selangor
Darul Ehsan; dan
(b) bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM130,000.00 (RM:
Satu Ratus Tiga Puluh Ribu sahaja).
2.
Saya dapati bahawa jumlah amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian itu pada tarikh ini 22 Oktober 2003 ialah RM93,570.04 kepada
Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad.
3.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut—
(a) penawar memiliki jumlah wang bersamaan dengan sepuluh peratus
(10%) daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b)
di atas: RM13,000.00 (RM: Tiga Belas Ribu sahaja);
(b) amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta kepada pemegang gadaian oleh penawar yang berjaya selepas ketukan tukul;
(c) di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar, selepas ketukan tukul oleh penawar yang berjaya—
(i) maka jumlah yang tercatat dalam perenggan (a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan akan dipegang sebagai deposit sehingga jumlah harga belian telah dibayar; dan 8hb April 2004]
405
(ii) sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, jumlah yang dinyatakan di dalam perenggan (i) akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
(d) baki harga belian mestilah diselesaikan pada tarikh tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari (120) hari dari tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari 20 November 2004 dan tiada sebarang lanjutan masa bagi tempoh tersebut; dan
(e) sekiranya baki harga belian tersebut tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit kepada pemegang gadaian akan dilucuthak dan akan dilupuskan dengan cara yang diperuntukkan di bawah seksyen 267.