(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jualan lelongan awam, yang akan diadakan pada 17 Julai 2003 jam 10.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Kuala Langat;
/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn012y2003/no-993
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Hassan bin Manaf, Pentadbir Tanah, pada menjalankan kuasa yang is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 993, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jualan lelongan awam, yang akan diadakan pada 17 Julai 2003 jam 10.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Kuala Langat;
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM80,000.00 (dalam perkataan Lapan Puluh Ribu Ringgit).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM88,735.14.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas
RM8,000.00 (dalam perkataan Lapan Ribu Ringgit);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
[5hb Jun 2003 690
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Telok Panglima Garang. No. PT.—4508. Jenis & No. Hakmilik—
HSM 3934. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Pers. 1619/2000, Jil. 148, Fol. 69.
Bertarikh 9 Mei 2003.
Pentadbir Tanah,
[PTK. Lgt. H-4/593]
Kuala Langat