(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 28 Jun 2004 pada 10.00 pagi di Pejabat Daerah/Tanah
Kuala Selangor, Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor, Selangor; dan
/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn013y2004/no-985
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Kamarozaman bin Nekmat, Pentadbir Tanah Kuala Selangor pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 985, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 28 Jun 2004 pada 10.00 pagi di Pejabat Daerah/Tanah
Kuala Selangor, Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor, Selangor; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM60,000.00 (Ringgit
Malaysia: Enam Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM30,421.
29. Nama Pemegang Gadaian: Bumiputra-Commerce Bank Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM6,000.00 (Ringgit Malaysia: Enam Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari 26 Oktober 2004 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
17hb Jun 2004]
671
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Api-Api. No. Lot—3788. Jenis dan No. Hakmilik—
G.M. 346. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 1755/95, Jilid 99, Folio 57.
Bertarikh 17 Mei 2004
Pentadbir Tanah
[PTKS. 1C/17/2004]
Kuala Selangor