District—Gombak. Mukim—Hulu Kelang. Plan No.—P.A. 10-054866. Lot
No.—6556. Area—859 square metres.
Dated 12 June 2019
[PTG. 9/4/24/2004;
Dato’ Menteri Besar
Selangor
2152
[18hb Julai 2019
No. 2659.
[Subseksyen 64(2)]
[Subsection 64(2)]
Bahawasanya, melalui Pemberitahuan No. 2440 yang disiarkan dalam Warta
Kerajaan Negeri Selangor pada 28 Ogos 2008, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 62(1) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965], Menteri
Besar Selangor telah mengisytiharkan bahawa petak tanah yang diperihalkan dalam Jadual dan ditandakan di atas Pelan Hasil Ukur No. P.A. 10-054880
yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan Selangor, adalah dirizabkan bagi maksud awam untuk tujuan tangki air dan dikawal oleh
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor:
Dan bahawasanya, melalui Sel. P.U. 17/1984 yang disiarkan dalam Warta
Kerajaan Negeri Selangor pada 7 Jun 1984, Raja dalam Mesyuarat telah mewakilkan perjalanan kuasanya di bawah seksyen 64 Kanun Tanah Negara kepada Menteri Besar Selangor:
Dan bahawasanya, adalah didapati suai manfaat sekarang oleh Menteri Besar
Selangor supaya keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu dibatalkan:
Dan bahawasanya, notis mengenai cadangan untuk membatalkan keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu yang diperihalkan dalam Jadual berserta dengan butir-butir mengenai masa dan tempat di mana suatu siasatan akan diadakan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, Tingkat Empat, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, 40576 Shah Alam, Selangor untuk mendengar mana-mana orang yang berhasrat untuk membantah terhadap pembatalan itu telah ditampalkan mengikut peruntukan seksyen 433 Kanun Tanah Negara dan juga telah disiarkan di dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor sebagai Sel. G.N. No. 1780 pada 25 April 2019:
Dan bahawasanya, tiada apa-apa bantahan diterima terhadap cadangan untuk membatalkan keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu yang diperihalkan dalam Jadual:
Maka oleh yang demikian, Menteri Besar Selangor, pada menjalankan kuasa di bawah subseksyen 64(1) Kanun Tanah Negara yang diberikan kepada
Raja dalam Mesyuarat yang diwakilkan kepadanya sebagaimana yang disebut terdahulu, membatalkan perizaban tanah yang diperihalkan dalam Jadual.