/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn24y2015/no-4267

PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (LEMBAGA PELESENAN) 1977

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
8

Quick answer

About this state subsidiary legislation

PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (LEMBAGA PELESENAN) 1977 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 4267, currently marked in force.

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Semua permohonan untuk lesen, pindah milik lesen, atau penukaran tempat perniagaan hendaklah dibuat dengan borang-borang yang tertentu sebanyak enam salinan dan hendaklah disampaikan kepada pengerusi Lembaga Pelesen di Pejabat Daerah Kuala Langat tidak lewat pada/atau 16 November 2015

(Isnin) jam 12.00 tengahari.

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Pemohon-pemohon untuk lesen-lesen baru dan untuk menukar tempat perniagaan hendaklah mengiklankan atas perbelanjaan pemohon itu sendiri di dalam akhbar-akhbar harian dan menampalkan di mana perniagaan itu akan dijalankan dalam tempoh dua minggu sebelum mesyuarat itu diadakan. Pemohon hendaklah juga menyatakan sebab-sebab penukaran tempat perniagaan.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Pemohon lesen “Runcit” hendaklah menyatakan sama ada lain-lain perniagaan akan dijalankan dalam bangunan yang dipohon dilesenkan.

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Bantahan-bantahan terhadap permohonan-permohonan lesen hendaklah disampaikan kepada Pengerusi Lembaga selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh persidangan.

Bertarikh 26 Oktober 2015

HAJI ROSLI BIN OTHMAN

[PDK.Lgt. 04/25]

Pengerusi

Lembaga Pelesenan Eksais Daerah

Kuala Langat

No. 4268.

MESYUARAT LEMBAGA PELESENAN EKSAIS

DAERAH KUALA SELANGOR 1/2016

Adalah dengan ini diberitahu bahawa Lembaga Pelesenan Daerah Kuala

Selangor akan bermesyuarat di Bilik Malawati, Tingkat 2, Pejabat Daerah

Kuala Selangor pada 8 Disember 2015 (Selasa) pada pukul 10.00 pagi.

Seksyen 2

Suggest a correction

Semua permohonan untuk lesen baru, pembaharuan lesen, pindah milik lesen, atau penukaran tempat perniagaan hendaklah dibuat dengan borang-borang yang sedia ada dalam (6) enam salinan dan hendaklah disampaikan kepada Pengerusi Lembaga Pelesenan di Pejabat Daerah Kuala Selangor tidak lewat daripada 20 November 2015 (Jumaat).

WARTA  KERAJAAN  NEGERI  SELANGOR

19hb Nov. 2015]

3451

Seksyen 3

Suggest a correction

Pemohon-pemohon untuk lesen baru dan untuk menukar tempat perniagaan hendaklah mengiklankan atas perbelanjaan pemohon itu sendiri di dalam akhbar-akhbar harian dan menampalkan satu salinan warta itu di bahagian/tempat di mana perniagaan itu akan dijalankan dalam tempoh dua minggu sebelum Mesyuarat Lembaga Pelesenan diadakan. Pemohon hendaklah juga menyatakan sebab-sebab penukaran perniagaan dibuat.

Seksyen 4

Suggest a correction

Permohonan lesen “Runcit” hendaklah menyatakan sama ada lain-lain perniagaan akan dijalankan dalam bangunan yang dipohon dilesenkan.

Seksyen 5

Suggest a correction

Bantahan-bantahan terhadap sebarang permohonan lesen hendaklah disampaikan kepada Pengerusi Lembaga Pelesenan selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh persidangan.

PEJABAT DAERAH KUALA SELANGOR

Pengerusi

JALAN SEMARAK

Lembaga Pelesenan Eksais Daerah 45000 KUALA LUMPUR

Kuala Selangor

[PDKS/KP 100-8/1/5]

KANUN TANAH NEGARA

(Akta 56 tahun 1965)

PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (LEMBAGA PELESENAN) 1977 (No. 4267)