/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn24y2016/no-4396

PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (LEMBAGA PELESENAN) 1977

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
9

Quick answer

About this state subsidiary legislation

PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (LEMBAGA PELESENAN) 1977 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 4396, currently marked in force.

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Semua permohonan untuk lesen baru, pembaharuan lesen, pindah milik lesen atau penukaran tempat perniagaan hendaklah dibuat dengan borang-borang yang sedia ada dalam (6) enam salinan dan hendaklah disampaikan kepada

Pengerusi Lembaga Pelesenan di Pejabat Daerah Kuala Selangor tidak lewat daripada 25 November 2016 (Jumaat).

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Pemohon-pemohon untuk lesen baru dan untuk menukar tempat perniagaan hendaklah mengiklankan atas perbelanjaan pemohon itu sendiri di dalam akhbar-akhbar harian dan menampalkan satu salinan warta itu di bahagian/tempat di mana perniagaan itu akan dijalankan dalam tempoh dua minggu sebelum Mesyuarat Lembaga Pelesenan diadakan. Pemohon hendaklah juga menyatakan sebab-sebab penukaran perniagaan dibuat.

WARTA  KERAJAAN  NEGERI  SELANGOR

3394

[24hb Nov. 2016

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Permohonan lesen “Runcit” hendaklah menyatakan sama ada lain-lain perniagaan akan dijalankan dalam bangunan yang dipohon dilesenkan.

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Bantahan-bantahan terhadap sebarang permohonan lesen hendaklah disampaikan kepada Pengerusi Lembaga selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh persidangan.

[PDKS/KP 100-8/1/5]

Pengerusi

Lembaga Pelesenan Eksais Daerah

Kuala Selangor

No. 4397.

KUALA LANGAT

Adalah dengan ini diberitahu bahawa Lembaga Pelesenan Daerah Kuala Langat akan bermesyuarat di Bilik Gerakan Sri Morib, Pejabat Daerah Kuala Langat pada 5-12-2016 hari Isnin jam 9.30 pagi.

Seksyen 2

Suggest a correction

Semua permohonan untuk lesen, pindahmilik lesen, atau penukaran tempat perniagaan hendaklah dibuat dengan borang-borang yang tertentu sebanyak lima salinan dan hendaklah disampaikan kepada Pengerusi Lembaga Pelesen di Pejabat Daerah Kuala Langat tidak lewat pada/atau 4 November 2016

(Jumaat) jam 12.00 tengahari.

Seksyen 3

Suggest a correction

Pemohon-pemohon untuk lesen-lesen baru dan untuk menukar tempat perniagaan hendaklah mengiklankan atas perbelanjaan pemohon itu sendiri di dalam akhbar-akhbar harian dan menampalkan di mana perniagaan itu akan dijalankan dalam tempoh dua minggu sebelum mesyuarat itu diadakan. Pemohon hendaklah juga menyatakan sebab-sebab penukaran tempat perniagaan.

Seksyen 4

Suggest a correction

Pemohon lesen “Runcit” hendaklah menyatakan sama ada lain-lain perniagaan akan dijalankan dalam bangunan yang dipohon dilesenkan.

Seksyen 5

Suggest a correction

Bantahan-bantahan terhadap permohonan-permohonan lesen hendaklah disampaikan kepada Pengerusi Lembaga selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh persidangan.

Bertarikh 27 Oktober 2016

HAJI ROSLI BIN OTHMAN

[PDK.Lgt. 04/25]

Pengerusi

Lembaga Pelesenan Eksais Daerah

Kuala Langat

WARTA  KERAJAAN  NEGERI  SELANGOR

24hb Nov. 2016]

3395

No. 4398.

HULU SELANGOR

Dengan ini adalah diberitahu bahawa Mesyuarat Lembaga Pelesenan Daerah

Hulu Selangor bagi minuman yang memabukan akan diadakan di Bilik

Mesyuarat Seri Bernam Pejabat Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu pada hari Isnin 5 Disember 2016 mulai jam 10.00 pagi.

Seksyen 2

Suggest a correction

Bagi tempat yang belum pernah mempunyai lesen, pemohon hendaklah atas perbelanjaan sendiri menyiarkan permohonannya dengan cara menampalkan satu salinan di tempat perniagaan yang dicadangkan selama tiga minggu. Pemohon hendaklah juga patuh kepada lain-lain arahan daripada Pengerusi.

[PDHS. 400-13]

MOHD FAUZI BIN MOHD YATIM

Pengerusi

Lembaga Pelesenan Eksais Daerah

Hulu Selangor

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

STRATA MANAGEMENT ACT 2013

PERATURAN-PERATURAN EKSAIS (LEMBAGA PELESENAN) 1977 (No. 4396)