(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam yang akan diadakan pada 23 Disember 2007 pada 11.00 pagi di Pejabat Tanah,
Marang.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/tggn006y2007/no-263
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Adnan bin Abdullah, Penolong Pentadbir Tanah Marang pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 263, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam yang akan diadakan pada 23 Disember 2007 pada 11.00 pagi di Pejabat Tanah,
Marang.
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM240,000.00 (Dua Ratus
Empat Puluh Ribu Ringgit).
Saya dapati bahawa amaun yang dikena dibayar kepada pemegang gadaian/
gadaian pada tarikh ini ialah RM1,004,988.62 (31.10.1998). Nama pemegang gadaian ialah Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas
RM24,000.00 (Dua Puluh Empat Ribu Ringgit).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
212
[15hb Mac. 2007
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya–
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 21 April 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Pulau Kerengga. No. Lot—159. Jenis dan No. Hakmilik—
G.M. 2605. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—
No. Perserahan 267/95; Folio 45; Jilid 1 dan No. Perserahan 701/96; Folio 17;
Jilid 2.
Bertarikh 10 Disember 2006
ADNAN BIN ABDULLAH
[PTM. 05/75/2003/0008]
b.p. Pentadbir Tanah
Marang