(a)
Bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 23 Februari 2006 di Pejabat Tanah, Hulu Terengganu jam 10.00 pagi.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/trggn003y2006/no-49
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Haji Yussof bin Ali, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 49, currently marked in force.
Bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 23 Februari 2006 di Pejabat Tanah, Hulu Terengganu jam 10.00 pagi.
Harga rizab bagi maksud jualan ini ialah RM33,000.00 – G.M. 3009
Lot 3809 dan RM35,000.00 – H.S.(M) 5107 Lot PTG. 1386.
Saya dapati amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM49,533.58 (24 November 2005). Nama pemegang gadaian ialah HSBC Bank Malaysia Berhad.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
2hb Feb. 2006]
39
Jualan lelong ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di bawah:
Bakal penyambut lelong hendaklah mendeposit di Pejabat Tanah Hulu
Terengganu dalam bentuk Bank Draf atau Cashier Order di atas nama pemegang gadaian bersamaan 10% daripada harga rizab yang dinyatakan di para 1(b), di atas iaitu sebanyak RM3,300.00 bagi G.M. 3009 Lot 3809
dan RM3,500.00 bagi H.S.(M) 5107 Lot PTG. 1386 dan masa mendeposit bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 9.45 pagi sahaja.
Bayaran penuh jualan lelong boleh dibuat serta-merta selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut lelong yang berjaya.
Sekiranya penyambut lelong tidak dapat membayar sepenuhnya selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut berjaya maka–
Jumlah bayaran yang diterima di para 3(a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan disimpan sebagai deposit hingga bayaran penuh pembelian itu dibuat.
Sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, bayaran yang telah dibayar di para (i) di atas, akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai bagi mengurangkan bayaran hutang yang patut dibayar oleh penggadai kepada pemegang gadaian.
Baki harga lelongan hendaklah dibayar sepenuhnya tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh jualan itu, iaitu pada 23 Jun 2006 dan tiada masa lanjutan dibenarkan.
Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan pada tarikh yang dinyatakan di para (d), wang yang telah dibayar sebagai bayaran deposit di para (c)
kepada pemegang gadaian akan dirampas dan diagihkan mengikut tatacara seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Penghulu Diman. No. Lot/Petak/P.T.—3809 dan PTG. 1386.
Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 3009 dan H.S.(M) 5107. Bahagian Tanah
(jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 1051/1994;
Folio 52; Jilid 2.
Bertarikh 11 Disember 2005
HAJI YUSSOF BIN ALI
[PTHT. 07/53/2005/001]
b.p. Pentadbir Tanah
Hulu Terengganu