(a)
Bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 22 Oktober 2003 di Pejabat Tanah, Hulu Terengganu jam 10.00 pagi.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/trggn019y2003/no-661
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Adnan bin Abdullah, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 661, currently marked in force.
Bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 22 Oktober 2003 di Pejabat Tanah, Hulu Terengganu jam 10.00 pagi.
Saya dapati amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM15,771.64 (Nama pemegang gadaian Bank Pertanian
Malaysia).
Jualan lelong ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di bawah:
Bakal penyambut lelong hendaklah mendeposit di Pejabat Tanah Hulu
Terengganu dalam bentuk Bank Deraf atau Cashier Order di atas nama pemegang gadaian bersamaan 10% daripada harga rizab yang dinyatakan di para 1 (b), di atas iaitu sebanyak RM1,500.00 GM. 3945 Lot 8357
tidak lewat daripada 15 minit sebelum lelongan.
Bayaran penuh jualan lelong boleh dibayar serta-merta selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut lelong yang berjaya.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
11hb Sept. 2003]
557
Di mana penyambut lelong tidak dapat membayar sepenuhnya selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut berjaya maka–
Jumlah bayaran yang diterima di para 3 (a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan disimpan sebagai deposit hingga bayaran penuh pembelian itu dibayar.
Sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, bayaran yang telah dibayar di para (i) di atas, akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai bagi mengurangkan bayaran hutang yang patut dibayar oleh penggadai kepada pemegang gadaian.
Baki harga lelongan hendaklah dibayar penuh tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan itu, iaitu tidak lewat dari 19 Februari 2004
dan tiada masa lanjutan dibenarkan.
Di mana bayaran penuh tidak dijelaskan pada tarikh yang dinyatakan di para (d), wang dibayar sebagai bayaran deposit di para (c) kepada pemegang gadaian akan dirampas dan diagihkan mengikut tatacara
Seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Kuala Berang. No. Lot/Petak/PT.—GM. 3945. Jenis dan
No. Hakmilik—8357. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—No. Perserahan 740/99.
Bertarikh 30 Jun 2003.
ADNAN BIN ABDULLAH,
[PTHT. 05/53/2002/0005.]
b.p. Pentadbir Tanah,
Hulu Terengganu