Seksyen 2
Lelongan ini akan dijalankan pada 27 September 2011 (Selasa) jam 10.00 pagi di Sudut Lelongan Awam Pejabat Tanah, Dungun.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/trggn15y2011/no-731
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
(Subseksyen 80(2)) is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 731, currently marked in force.
Lelongan ini akan dijalankan pada 27 September 2011 (Selasa) jam 10.00 pagi di Sudut Lelongan Awam Pejabat Tanah, Dungun.
Kenyataan Tanah:
a.
Kawasan
:
Kampung Taja, Mukim Pasir Raja,
Dungun.
b.
No. P. T.
:
c.
Keluasan Tanah (Sementara)
:
4483 hektar.
d.
Harga Permulaan Lelongan
:
RM1,200.00.
e.
Cukai Tanah
:
RM8.00
Opening note
Opening note
Opening note
Syarat Nyata:
Hendaklah ditanam dengan tanaman buah-buahan sahaja.
Sekatan Kepentingan:
Tidak dibenarkan pindahmilik, digadai atau dipajak kecuali mendapat kebenaran Pentadbir Tanah, Dungun.
Syarat-syarat lelong adalah sebagaimana yang ditetapkan mengikut peraturan 26, Peraturan Tanah Terengganu, 1966:
i. Pentadbir Tanah berhak membatal atau menangguhkan jualan itu pada bila-bila masa sebelum diterima tawaran daripada penyambut-penyambut lelong.
ii. Penyambut yang tertinggi sekali itulah yang menjadi pembeli, asalkan tawaran itu sama dengan atau lebih tinggi daripada harga tanah permulaan
(Harga Rezab).
iii. Sebaik-baik sahaja tawarannya diterima maka hendaklah pembeli itu membayar cengkeram wang tunai kepada Pentadbir Tanah sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada harga yang disambutnya bersekali dengan bayaran-bayaran tambahan yang tersebut di dalam perenggan 2
(e, f, g, h) di atas dan sekiranya tidak disempurnakan sedemikian, tanah-tanah ini hendaklah dilelong semula.
iv. Wang pembelian itu hendaklah dijelaskan oleh pembeli sebelum berakhir urusan jual beli pada hari keseratus dua puluh (120) hari daripada hari jualan tanah yang dibelinya itu dan dengan yang demikian selesai dan putuslah pembelinya. Jika sekiranya tidak dibayar dengan sepenuhnya seperti yang tersebut itu, maka hilanglah wang deposit tersebut kepada
Pihak Berkuasa Negeri dan pembeli yang gagal itu hilang tuntutan ke atas wang deposit tanah itu.
v. Keterangan hakmilik hendaklah didaftar dan dikeluarkan dengan seberapa segera selepas disempurnakan jualan itu. Jika tanah itu belum diukur oleh Ketua Juruukur, maka hendaklah dikeluarkan Keterangan
Hakmilik Sementara.
vi. Hendaklah diberimilik dengan serta-merta selepas sahaja didaftarkan surat keterangan Hakmilik Kekal atau Keterangan Hakmilik Sementara.
Lelongan ini hendaklah dibuka kepada Orang Melayu sahaja mengikut taksiran di bawah Enakmen Tanah Simpanan bagi Orang Melayu 1360H.
Sesiapa yang hendak melihat pelan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan tanah yang tersebut hendaklah datang ke Pejabat Tanah, Dungun.
Bertarikh 22 Mei 2011
NIK FAHMI BIN NIK NORDIN
[PTD. 09/71/2006/0022]
Penolong Pentadbir Tanah
Dungun
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
1044
[23hb Jun 2011