Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
H
Syarat-syarat lelong adalah sebagaimana yang ditetapkan mengikut peraturan 26(4), Peraturan Tanah Terengganu, 1966:
i. Pentadbir Tanah berhak membatal atau menangguhkan jualan itu pada bila-bila masa sebelum diterima tawaran daripada penyambut-penyambut lelong.
ii. Penyambut yang tertinggi sekali itulah yang menjadi pembeli, asalkan tawaran itu sama dengan atau lebih tinggi daripada harga tanah permulaan
(Harga Rezab).
iii. Sebaik-baik sahaja tawarannya diterima maka hendaklah pembeli itu membayar cengkeram wang tunai kepada Pentadbir Tanah sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada harga yang disambutnya bersekali dengan bayaran-bayaran tambahan yang tersebut di dalam perenggan 2
(e, f, g, h) di atas dan sekiranya tidak disempurnakan sedemikian, tanah-tanah ini hendaklah dilelong semula.
iv. Wang pembelian itu hendaklah dijelaskan oleh pembeli sebelum berakhir urusan jual beli pada hari keseratus dua puluh (120) hari daripada hari jualan tanah yang dibelinya itu dan dengan yang demikian selesai dan putuslah pembelinya. Jika sekiranya tidak dibayar dengan sepenuhnya seperti yang tersebut itu, maka hilanglah wang deposit tersebut kepada
Pihak Berkuasa Negeri dan pembeli yang gagal itu hilang tuntutan ke atas wang deposit tanah itu.
v. Keterangan hakmilik hendaklah didaftar dan dikeluarkan dengan seberapa segera selepas disempurnakan jualan itu. Jika tanah itu belum diukur oleh Ketua Juruukur, maka hendaklah dikeluarkan Keterangan
Hakmilik Sementara.
vi. Hendaklah diberimilik dengan serta-merta selepas sahaja didaftarkan surat keterangan Hakmilik Kekal atau Keterangan Hakmilik Sementara.