Seksyen 2
Semua permohonan hendaklah dibuat dalam empat (4) salinan di atas borang yang ditetapkan dan mestilah diangkat kepada Pengerusi Lembaga ini di Pejabat
Setiausaha Kerajaan, Kuala Terengganu tidak lewat daripada empat (4) minggu sebelum tarikh lesen itu tamat. Permohonan bagi lesen-lesen baru mestilah dikembarkan bersama salinan Surat Akuan Pendaftaran Perniagaan. Tiap-tiap permohonan lesen bagi kedai yang tiada lesen dahulunya hendaklah dengan
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
74
[28hb Feb. 2002
belanjanya sendiri mengiklankan permohonannya dengan ditampalkan satu salinannya di kedai tempat dikehendaki lesen itu dalam tempoh sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum daripada tarikh persidangan itu.
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN,
TERENGGANU,
KUALA TERENGGANU.
Bertarikh 11 Februari 2002.
DATO’ NARA SETIA,
[SUK. TR. 540/7 Bhg. 14 –
.]
Pengerusi,
Lembaga Pelesen (Eksais),
Terengganu
Notice is hereby given that the Terengganu Licensing Board constituted under the Excise Act 1976 will hold its session at the State Secretariat,
Kuala Terengganu on the 26 February 2002 at 9.30 a.m. when applications for renewals, transfer, new licences and change of premises for the first quarter of 2002 will be considered.