Seksyen 2
Lelongan ini akan dijalankan pada 28 Julai 2009 (Selasa) jam 10.00 pagi di Sudut Lelongan Awam, Pejabat Tanah Dungun.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/trgn012y2009/no-533
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
(Subseksyen 80(2)) is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 533, currently marked in force.
Lelongan ini akan dijalankan pada 28 Julai 2009 (Selasa) jam 10.00 pagi di Sudut Lelongan Awam, Pejabat Tanah Dungun.
Kenyataan Tanah:
a.
Kawasan
: Kampung Minda, Mukim Jerangau.
b.
No. P.T.
: 7965.
c.
Keluasan Sementara
: 1.404 hektar.
d.
Harga Permulaan Lelongan : RM5,100.00 satu lot
Opening note
Opening note
Opening note
Syarat Nyata:
Hendaklah ditanam dengan tanaman buah-buahan sahaja.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
4hb Jun 2009]
627
Sekatan Kepentingan:
Tidak dibenarkan pindahmilik, digadai atau dipajak kecuali mendapat kebenaran Pentadbir Tanah Dungun.
Syarat-syarat lelong adalah sebagaimana yang ditetapkan mengikut
Peraturan 26, Peraturan Tanah Terengganu, 1966:
i. Pentadbir Tanah berhak membatal atau menangguhkan jualan itu pada bila-bila masa sebelum diterima tawaran daripada penyambut-penyambut lelong.
ii. Penyambut yang tertinggi sekali itulah yang menjadi pembeli, asalkan tawaran itu sama dengan atau lebih tinggi daripada harga tanah permulaan
(Harga Rezab).
iii. Sebaik-baik sahaja tawarannya diterima maka hendaklah pembeli itu membayar cengkeram wang tunai kepada Pentadbir Tanah sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada harga yang disambutnya bersekali dengan bayaran-bayaran tambahan yang tersebut di dalam perenggan 2
(e, f, g, h, i, j) di atas dan sekiranya tidak disempurnakan sedemikian, tanah-tanah ini hendaklah dilelong semula.
iv. Wang pembelian itu hendaklah dijelaskan oleh pembeli sebelum berakhir urusan jual beli pada hari keseratus dua puluh (120) hari daripada hari jualan tanah yang dibelinya itu dan dengan yang demikian selesai dan putuslah pembeliannya. Jika sekiranya tidak dibayar dengan sepenuhnya seperti yang tersebut itu, maka hilanglah wang deposit tersebut kepada
Pihak Yang Berkuasa Negeri dan pembeli yang gagal itu hilang tuntutan ke atas wang deposit dan tanah itu.
v. Keterangan hakmilik hendaklah didaftar dan dikeluarkan dengan seberapa segera selepas disempurnakan jualan itu. Jika tanah itu belum diukur oleh Ketua Juruukur, maka hendaklah dikeluarkan Keterangan
Hakmilik Sementara.
vi. Hendaklah diberimilik dengan serta-merta selepas sahaja didaftarkan Surat
Keterangan Milik Kekal atau Keterangan Hakmilik Sementara.
Lelongan ini hendaklah dibuka kepada Orang Melayu sahaja mengikut taksiran di bawah Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang Melayu 1360H.
Sesiapa yang hendak melihat pelan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan tanah yang tersebut hendaklah datang ke Pejabat Tanah, Dungun.
Bertarikh 8 April 2009
MUHAMAD AZMIDI BIN ABDULLAH
[PTD. 2/1/F/1293]
b.p. Pentadbir Tanah
Dungun
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
628
[4hb Jun 2009
AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960
(Akta 486)