Seksyen 2
Kenyataan Tanah:
Kawasan
:
Kampung Bukit Caluk, Mukim Caluk.
Keluasan
:
1229 meter persegi.
Jenis Penggunaan
:
Bangunan.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/trgn022y2007/no-1143
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Adalah diberitahu kepada orang ramai iaitu Pejabat Tanah Setiu akan menjual is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 1143, currently marked in force.
Kenyataan Tanah:
Kawasan
:
Kampung Bukit Caluk, Mukim Caluk.
Keluasan
:
1229 meter persegi.
Jenis Penggunaan
:
Bangunan.
Harga Khas:
Harga permulaan lelong ialah sebagaimana ruangan ‘C’ Jadual di bawah.
Harga Tambahan;
Sebagaimana ruangan ‘D’, ‘E’, ‘F’, ‘G’, ‘H’ dan ‘I’ Jadual di bawah.
Syarat Nyata:
Hendaklah didirikan bangunan kediaman sahaja.
Dalam tempoh dua tahun daripada tarikh diberimilik atau di dalam satu tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Pentadbir Tanah Setiu hendaklah didirikan dan disiapkan dengan sempurna bangunan kediaman mengikut pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Sekatan Kepentingan:
Tidak dibenarkan pindah milik, digadai atau dipajak kecuali mendapat kebenaran
Pentadbir Tanah Setiu.
Syarat-syarat melelong adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan 26, Peraturan Tanah Terengganu, 1966 seperti berikut:
Pentadbir Tanah berhak membatal atau menangguhkan jualan itu pada bila-bila masa sebelum diterima tawaran daripada penyambut-penyambut lelong.
Penyambut yang tinggi sekali itulah yang menjadi pembeli, asalkan tawaran itu sama dengan atau lebih tinggi daripada harga khas.
Sebaik-baik sahaja tawarannya diterima maka hendaklah pembeli itu membayar cengkeram wang tunai kepada Pentadbir Tanah sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada harga yang disambutnya bersekali dengan bayaran-bayaran tambahan yang tersebut di dalam perenggan 4
di atas dan sekiranya tidak disempurnakan sedemikian, tanah-tanah ini hendaklah dilelong semula dengan serta merta.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
1134
[25hb Okt. 2007
Wang pembelian itu hendaklah dijelaskan oleh pembeli sebelum berakhir urusan jual beli pada hari yang ke seratus dua puluh (120) daripada hari jualan tanah yang dibelinya itu dan dengan yang sedemikian selesai dan putuslah pembeliannya. Jika sekiranya tidak dibayar hilanglah wang cengkeramnya dapat kepada Pihak Berkuasa Negeri dan pembeli yang mungkir itu hilanglah tuntutannya kepada tanah itu dijual kemudian dengan sebab mungkirnya itu.
Surat-surat milik Penyudah hendaklah didaftar dan dikeluarkan dengan seberapa segera selepas habis jualan itu. Jika tanah itu belum diukur oleh
Ketua Juruukur maka hendaklah dikeluarkan Keterangan Hakmilik
Sementara.
Hendaklah diberimilik dengan serta-merta selepas sahaja didaftarkan Surat
Keterangan Hakmilik Kekal atau Keterangan Hakmilik Sementara.
Lelongan ini hendaklah dibuka kepada Orang Melayu sahaja mengikut taksiran di bawah Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360H.
Sesiapa yang hendak melihat pelan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan tanah-tanah tersebut hendaklah datang ke Pejabat Tanah Setiu pada waktu pejabat dibuka.
JADUAL
A. No. P.T. Lot
:
P.T. 686.
B. Keluasan Sementara
:
1229 meter persegi
C. Harga Premium
:
RM 1200.00
D. Hasil Tahun Pertama
:
13.00
E. Bayaran Ukur Tidak Termasuk Tanda Sempadan
:
RM 200.00
F. Tanda Sempadan
:
25.00
G. Pendaftaran Hakmilik Tetap (PM 60th)
:
20.00
H. Pendaftaran Hakmilik Sementara
:
20.00
I.
Persediaan Pelan
:
5.00
J.
Bayaran Perwartaan
:
RM 120.00
RM 1603.00
Bertarikh 1 Oktober 2007
AHMAD AZIZI BIN ZULKIFLI
[PTS. 01/15/1987/0232]
b.p. Pentadbir Tanah
Setiu
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
25hb Okt. 2007]
1135
AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960
(Akta 486)