/akn/my-11/state_gazette/unknown/trggn01y2016/no-2

statut darjah kebesaran

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
2

Quick answer

About this state subsidiary legislation

statut darjah kebesaran is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 2, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. bahawasanya, beta, menurut Statut 30, Statut Darjah Kebesaran Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (Tr. P.U. 1/82) (selepas dari ini disebut “Statut tersebut”) telah khas kepada diri BETA, Bakal-bakal dan Waris-waris Ganti BETA, kuasa penuh membatal, mengubah, menambah, mentafsir atau mengecualikan statut-statut ini atau mana-mana bahagian daripadanya dengan jalan Pengisytiharan yang ditandatangani oleh BETA atau Mereka itu. MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa-kuasa BETA yang terkandung di bawah Statut 30, Statut tersebut BETA, al-wathiqu billah sultan mizan zainal abidin, darjah Utama Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.T), Darjah Kerabat Diraja Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.R), Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.), Darjah Yang Maha Utama Kerabat DiRaja Malaysia (D.K.M), Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.), Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (S.U.M.Z), Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T), Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (S.P.M.T), Darjah Kerabat Baginda Syed Putra Perlis (D.K.[Perlis]), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (D.K. [Johor]), Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B.[Brunei]), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Perak (D.K.[Perak]), Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (D.K.[Negeri Sembilan]), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Kedah (D.K. [Kedah]), Darjah Kerabat Yanag Amat Dihormati Kelantan (D.K.[Kelantan]), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor (D.K.[Selangor]), Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J), ibni almarhum sultan mahmud al-muktafi billah shah, sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala Jajahan takluknya, dengan ini meminda Statut tersebut seperti berikut:- warta kerajaan negeri TERENGGANU [7hb Jan. 2016 6 Pindaan Statut 4

Seksyen 1

Statut 4 tersebut dipinda

Open as pageSuggest a correction

(a)

Dengan menomborkan semula

Statut yang sedia ada sebagai perenggan 4(1); dan

Suggest a correction

(b)

Dengan memasukkan selepas perenggan 4(1) Statut, perenggan 4(2) yang berikut:-

4(2) Usia minimum bagi penerima Darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ Seri atau Dato’ ialah 50 tahun.

Walau bagaimanapun, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan berhak dengan budi bicara Baginda untuk mengurniakan apa jua

Darjah Kebesaran Negeri kepada sesiapa yang Baginda ampuni perkenan yang telah mempamerkan perkhidmatan terbilang atau membuat jasa cemerlang kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Sultan atau Negeri Terengganu.

Pindaan Statut 8

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Statut 8 dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 8(2) perenggan 8(3) dengan yang berikut;-

8(3) Apabila isteri pertama meninggal dunia, isteri baru atau isteri kedua boleh menggunakan gelaran To’ Puan Seri atau To’ Puan setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Mudah-mudahan ALLAH, segala Pujian adalah bagi-Nya dan bagi-Nya nama yang Mulia dan Tertinggi, Raja bagi sekalian Raja, mencucuri Kurnia-Nya dan mudah-mudahan Nabi Muhammad (segala rahmat dan kesejahteraan ALLAH ke atasnya) memberkati akan undang-undang tersebut selama-lamanya.

Amin: Ya Allah Seru Sekalian Alam.

DIPERBUAT di Istana BETA, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 26 haribulan Syaaban Tahun Hijrah Seribu Empat Ratus Tiga Puluh Lima(1435)

bersamaan dengan 23 haribulan Jun Tahun Dua Ribu Empat Belas (2014).

Dengan Titah Perintah,

Setiausaha

Dewan Pangkuan DiRaja

Terengganu warta kerajaan negeri TERENGGANU

7hb Jan. 2016]

7

statutes of darjah kebesaran sultan mahmud terengganu yang amat terpuji

(State Seal)

SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Sultan Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi-rabbil-‘Alamin, Wassalatu-wassalamu-

‘Ala Sayyidina Muhammadin-wa’ala Alihi Wasahbihi Ajmain

IN the name of ALLAH, the Compassionate, the Merciful, Praise be to Allah, the Lord of Universe, and may the Benediction and Peace of ALLAH be upon

Our Leader Muhammad and upon all His Relations and Friends.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. whereas we have, by Statutes 30, Statutes Of Darjah Kebesaran Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (Tr.P.U. 1/82) (hereinafter referred to as ‘‘the Statutes”) reserve to Ourselves, Our Heirs or Successors, full power of annulling, altering, augmenting, interpreting or dispensing with these Statutes or any part thereof by Notification and signed by Us or Them. NOW, THEREFORE, in exercise of Our powers under Statutes 30 of the Statutes, WE, al-wathiqu billah sultan mizan zainal abidin, darjah Utama Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.T), Darjah Kerabat Diraja Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.R), Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.), Darjah Yang Maha Utama Kerabat DiRaja Malaysia (D.K.M), Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.), Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (S.U.M.Z), Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T), Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (S.P.M.T), Darjah Kerabat Baginda Syed Putra Perlis (D.K.[Perlis]), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (D.K. [Johor]), Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B.[Brunei]), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Perak (D.K.[Perak]), Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (D.K.[Negeri Sembilan]), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Kedah (D.K. [Kedah]), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Kelantan (D.K.[Kelantan]), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor (D.K.[Selangor]), Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J), ibni almarhum sultan mahmud al-muktafi billah shah, sultan and Sovereign Ruler of the State and Territory of Terengganu Darul Iman and all its Dependencies, do hereby amend the Statutes as follows: Amendment of Statute 4 1. Statute 4 of the statutes is hereby amended:

(a)

By renumbering the existing statute as paragraph 4(1)

warta kerajaan negeri TERENGGANU

[7hb Jan. 2016 8

Suggest a correction

(b)

By inserting after paragraph 4 (1) of the statute, the following

4(2) The minimum age for any person to be conferred the honour of being admitted to the First or Second Class of the Order shall be 50 years of age.

However, His Royal Highness the Sultan has absolute discretion to admit any such persons who have rendered meritorious or excellent services to His Royal Highness the Sultan or to the State of Terengganu, to any of the Classes of this Order.

Amendment of Statute 8 2.

Statute 8 of the statutes is hereby amended by inserting after paragraph 8(2), a new paragraph 8(3) as follows:-

8(3) Upon the death of the first wife, the new or the second wife may on all occasions hold, use and enjoy the title To’ Puan Seri or To’ Puan upon obtaining the consent of His Royal Highness the Sultan.

May ALLAH, to whom be Praised whose name be exalted, the King of

Kings, vouchsafe His Grace and may the PROPHET MUHAMMAD (on whom be the benediction and peace of ALLAH) grant His blessing to these Statutes forever and ever.

AMEN: O Lord of the Universe.

DONE at Our Palace, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu on 26 Syaaban

One Thousand Four Hundred Thirty Five (1435) Hijrah corresponding to 23

June Two Thousand Fourteen (2014).

By Command,

Secretary of

Dewan Pangkuan DiRaja

Terengganu

Suggest a correction
statut darjah kebesaran (No. 2) | mylaw.my