Malaysia legislation

Section 100

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 100

Tertakluk kepada apa-apa perintah atau ketetapan yang dibuat di bawah Bahagian VIII Akta Hakmilik Strata 1985, semua pembayaran wang daripada penanggung insurans berkenaan dengan kemusnahan atau kerosakan pada suatu bangunan hendaklah dengan segera digunakan dalam pembinaan semula, penggantian, pembaikan atau pemulihan bangunan itu.