Malaysia legislation

Section 15

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 15

(a)

memindahkan semua baki wang dalam akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas, selepas pembayaran semua perbelanjaan yang telah dipertanggungkan pada akaun itu dengan sepatutnya, kepada badan pengurusan bersama;

Pengurusan Strata 37

(b)

menyerahkan kepada badan pengurusan bersama—

(i)

pejabat pentadbiran yang ditubuhkan oleh pemaju di bawah perenggan 9(4)(a);

(ii)

akaun teraudit bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas atau, jika akaun itu belum diaudit, akaun yang belum diaudit itu;

(iii)

semua aset bagi kawasan pemajuan itu;

(iv)

semua rekod yang berhubungan dengan dan perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama bagi kawasan pemajuan itu; dan

(v)

semua invois, resit dan baucer pembayaran berkenaan dengan akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas.

(2)

Jika hanya akaun yang belum diaudit telah diserahkan di bawah subperenggan (1)(b)(ii), pemaju hendaklah, tidak lebih daripada tiga bulan selepas habis tempoh pengurusan pemaju, menyerahkan kepada badan pengurusan bersama itu akaun teraudit sehingga tarikh pemindahan baki wang yang disebut dalam perenggan (1)(a).

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subperenggan (1)(b)(iv), pemaju hendaklah menyerahkan kepada badan pengurusan bersama salinan bagi semua dokumen yang berikut:

(a)

semua pelan yang diluluskan bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak yang berhubungan dengan kawasan pemajuan;

(b)

apa-apa dokumen dalam milikan pemaju yang menunjukkan, setakat yang dapat dilaksanakan, lokasi sebenar apa-apa paip, wayar, kabel, pelongsor, saluran atau kemudahan lain bagi laluan atau penyediaan sistem atau perkhidmatan, jika pemaju itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa paip, wayar, kabel, pelongsor, saluran atau kemudahan lain itu tidak terletak sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan yang diluluskan atau pelan dipinda yang diluluskan;

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 757

(c)

semua kontrak yang dibuat oleh pemaju berkenaan dengan penyenggaraan atau pengurusan mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama yang terdapat di dalam kawasan pemajuan;

(d)

suatu salinan jadual petak atau jadual petak yang dipinda yang difailkan dengan Pesuruhjaya di bawah subseksyen 6(1) atau (2), jika terpakai, atau suatu salinan pelan strata yang dicadangkan yang difailkan dengan Pengarah di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985, jika ada;

(e)

nama dan alamat mana-mana kontraktor, subkontraktor dan orang yang membekalkan tenaga kerja atau bahan-bahan bagi kawasan pemajuan semasa pembinaan mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama yang terdapat di dalam kawasan pemajuan;

(f)

semua waranti, manual, lukisan skematik, arahan operasi, panduan perkhidmatan, dokumentasi pembuat dan maklumat serupa yang lain berkenaan dengan pembinaan, pemasangan, pengendalian, penyenggaraan, pembaikan dan servis mana-mana harta bersama, termasuk apa-apa waranti atau maklumat yang diberikan kepada pemaju oleh mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (e);

(g)

daftar semua pemunya petak bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak; dan

(h)

salinan asal semua polisi insurans yang diambil di bawah

Akta ini.

(4)

Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen

(1)

, (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Pengurusan Strata 39

Baki yang tidak dipindahkan hendaklah terletak hak pada badan pengurusan bersama