Malaysia legislation

Section 27

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 27

(2)

Badan pengurusan bersama hendaklah, tidak lebih daripada satu bulan dari tarikh mesyuarat agung tahunan pertama bagi perbadanan pengurusan—

(a)

memindahkan semua baki wang dalam akaun penyenggaraan dan dalam akaun kumpulan wang penjelas, selepas pembayaran semua perbelanjaan yang dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun itu, kepada perbadanan pengurusan;

Pengurusan Strata 53

(b)

menyerahkan kepada perbadanan pengurusan—

(i)

apa-apa undang-undang kecil tambahan;

(ii)

akaun teraudit bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas atau, jika akaun itu belum diaudit, akaun yang belum diaudit;

(iii)

semua aset dan liabiliti badan pengurusan bersama itu;

(iv)

semua dokumen yang diserahkan oleh pemaju kepada badan pengurusan bersama itu di bawah subseksyen 15(3); dan

(v)

semua rekod yang berhubungan dengan dan perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama.

(3)

Jika hanya akaun yang belum diaudit diserahkan di bawah subperenggan (2)(b)(ii), badan pengurusan bersama itu hendaklah menyerahkan kepada perbadanan pengurusan akaun teraudit badan pengurusan bersama itu tidak lebih daripada tiga bulan dari tarikh mesyuarat agung tahunan pertama bagi perbadanan pengurusan itu.

(4)

Jika badan pengurusan bersama tidak mematuhi subseksyen

(2)

atau (3), tiap-tiap anggota jawatankuasa pengurusan bersama melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(5)

Dalam prosiding terhadap anggota jawatankuasa pengurusan bersama bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (4), adalah menjadi suatu pembelaan jika anggota itu membuktikan bahawa—

(a)

kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan

(b)

dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 757

Baki yang tidak dipindahkan hendaklah terletak hak pada perbadanan pengurusan