Malaysia legislation

Section 49

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 49

(a)

meminjam wang atau memberikan sekuriti; atau

(b)

membuat apa-apa kontrak yang berhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama di dalam kawasan pemajuan bagi apa-apa tempoh yang melampaui habisnya tempoh pengurusan permulaan itu.

(2)

Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain yang boleh didapati terhadap pemaju, jika mana-mana pemaju tidak mematuhi subseksyen (1), pemaju hendaklah bertanggungan ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh perbadanan pengurusan atau mana-mana pemilik yang disebabkan oleh pelanggaran itu, dan perbadanan pengurusan atau mana-mana pemilik boleh mendapatkan daripada pemaju, sebagai ganti rugi bagi pelanggaran kewajipan statutori, apa-apa kerugian yang dialami oleh perbadanan pengurusan atau pemilik itu berbangkit daripada pelanggaran itu.

(3)

Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pengurusan Strata 69

Pemaju hendaklah menubuhkan akaun penyenggaraan atas nama perbadanan pengurusan