Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
(2)
Perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah terdiri daripada semua pemilik bagi semua petak yang terdapat di dalam kawasan pemajuan yang bagi mereka manfaat eksklusif harta bersama terhad dikhaskan.
(3)
Pemilik yang membentuk suatu perbadanan pengurusan subsidiari boleh memanggil dan mengadakan mesyuarat dan meluluskan ketetapan mengikut cara yang sama sebagaimana pemilik yang membentuk suatu perbadanan pengurusan.
(4)
Sekurang-kurangnya seorang anggota jawatankuasa pengurusan subsidiari perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah menjadi anggota jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan.
(5)
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi perbadanan pengurusan subsidiari dan jawatankuasa pengurusan subsidiari, dengan ubah suaian yang perlu, termasuk—
(a)
suatu sebutan mengenai “perbadanan pengurusan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai perbadanan pengurusan subsidiari; dan
(b)
suatu sebutan mengenai “jawatankuasa pengurusan”
hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai jawatankuasa pengurusan subsidiari.
Pengurusan Strata 89
Kewajipan dan kuasa perbadanan pengurusan subsidiari