Malaysia legislation

Section 68

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 68

(2)

Jumlah Caj yang kena dibayar di bawah subseksyen (1)

hendaklah ditentukan oleh perbadanan pengurusan subsidiari dari semasa ke semasa mengikut kadar unit syer bagi setiap petak.

(3)

Jumlah caruman kepada kumpulan wang penjelas yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah suatu jumlah wang yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada Caj melainkan jika ditentukan selainnya oleh perbadanan pengurusan subsidiari dari semasa ke semasa pada suatu mesyuarat agung, tetapi caruman kepada kumpulan wang penjelas itu tidak boleh kurang daripada sepuluh peratus daripada Caj.

(4)

Apa-apa Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas, yang dikenakan di bawah subseksyen (2) atau (3) berkenaan dengan suatu petak hendaklah genap masa dan kena dibayar apabila suatu ketetapan yang memberi kesan sedemikian diluluskan oleh perbadanan pengurusan subsidiari dan mengikut terma ketetapan itu, dan boleh didapatkan mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 78 daripada pemilik petak atau pengganti dalam hakmilik petaknya itu.

Penghakiman terhadap perbadanan pengurusan yang berhubungan dengan harta bersama terhad

Section 68 — STRATA MANAGEMENT ACT 2013 | mylaw.my