Malaysia legislation
Section 74
Seksyen 74
(a)
memperoleh tanah di luar lot untuk digunakan bagi maksud yang berkaitan dengan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi;
(b)
memberi atau menerima beban isemen yang dikenakan ke atas lot itu bagi manfaat beberapa tanah lain; atau
(c)
menerima manfaat isemen yang dikenakan yang memihak kepada lot itu ke atas beberapa tanah lain.
Pengurusan Strata 99
(2)
Tanah di luar lot yang diperoleh di bawah perenggan (1)(a)—
(a)
hendaklah dianggap dan diuruskan seolah-olah ia adalah sebahagian daripada harta bersama; dan
(b)
hendaklah dipegang atas hakmilik berasingan dan tidak boleh disatukan dengan lot itu.
(3)
Jika sesuatu surat cara disempurnakan oleh perbadanan pengurusan dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1)—
(a)
surat cara itu adalah sah dan berkuat kuasa tanpa penyempurnaan oleh mana-mana pemilik atau orang atau badan lain yang mempunyai kepentingan atas tanah itu;
(b)
resit perbadanan pengurusan bagi apa-apa wang yang kena dibayar kepada perbadanan pengurusan di bawah surat cara itu hendaklah menjadi pelepasan yang baik dan mencukupi yang melepaskan orang atau badan yang membayar wang itu daripada tanggungjawab bagi penggunaan wang itu; dan
(c)
jika surat cara itu difailkan untuk pendaftaran, ia hendaklah diendors atau disertai dengan suatu perakuan di bawah meterai perbadanan pengurusan itu yang menyatakan bahawa—
(i)
ketetapan yang mengarahkan transaksi yang baginya surat cara itu adalah berkaitan telah diluluskan dengan sewajarnya; dan
(ii)
transaksi itu menepati terma-terma ketetapan itu.
(4)
Suatu perakuan yang diberikan di bawah perenggan (3)(c)
hendaklah, memihak kepada Pesuruhjaya atau suatu pihak kepada transaksi itu selain perbadanan pengurusan, menjadi keterangan muktamad mengenai fakta yang diperakui.
Perkadaran