Malaysia legislation
Section 92
Seksyen 92
(2)
Deposit yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibayar kepada Pesuruhjaya apabila milikan kosong diserahkan.
(3)
Pesuruhjaya boleh menggunakan deposit bagi maksud menjalankan apa-apa kerja yang perlu untuk membaiki apa-apa kerosakan pada harta bersama di dalam kawasan pemajuan itu.
(4)
Jika Pesuruhjaya telah menentukan bahawa deposit itu tidak mencukupi untuk membaiki kecacatan pada harta bersama itu,
Pesuruhjaya boleh mengarahkan pemaju supaya mendepositkan dalam masa empat belas hari apa-apa jumlah wang selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.
(5)
Mana-mana deposit yang tidak dibelanjakan hendaklah dibayar balik kepada pemaju apabila habis tempoh liabiliti cacat bagi kawasan pemajuan itu.
Undang-Undang Malaysia 112
Akta 757
(6)
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.