Malaysia legislation

Section 99

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 99

Kepentingan yang boleh diinsuranskan

Badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah disifatkan—

(a)

bagi maksud mengambil apa-apa insurans di bawah subseksyen 93(1), mempunyai suatu kepentingan yang boleh diinsuranskan di dalam bangunan yang bersamaan dengan jumlah yang diinsuranskan di bawah subseksyen 94(1); dan

(b)

bagi maksud mengambil apa-apa insurans di bawah seksyen 98, mempunyai kepentingan yang boleh diinsuranskan dalam hal perkara insurans itu.

Obligasi untuk membina semula

Section 99 — STRATA MANAGEMENT ACT 2013 | mylaw.my