Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA HAKMILIK STRATA 1985

Seksyen 10

(a)

bahawa Pengarah Ukur telah mengeluarkan sijil cadangan pelan strata;

(b)

bahawa pecah bahagi itu tidak akan melanggar apa-apa syarat atau sekatan kepentingan yang tanah yang terkandung dalam lot itu adalah tertakluk padanya pada masa itu;

(c)

bahawa pecah bahagi itu tidak akan bertentangan dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, dan bahawa apa-apa kehendak yang dikenakan mengenainya oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu telah dipatuhi;

(d)

bahawa tidak ada butiran hasil tanah yang belum dibayar berkenaan dengan tanah itu;

(e)

bahawa keizinan secara bertulis mengenai pembuatan permohonan itu telah diperoleh daripada tiap-tiap orang yang pada masa kelulusan itu dipohonkan, adalah berhak mendapat faedah daripada pajakan keseluruhan atau mana-

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 318

mana bahagian tanah itu, selain sebahagian yang betul-betul menepati, atau termasuk dalam, salah satu daripada petak-petak yang akan wujud setelah dipecah bahagi;

(f)

bahawa, jika tanah yang di atasnya bangunan atau bangunan-bangunan itu terdiri dipegang untuk tempoh beberapa tahun, masih terdapat suatu tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu tahun untuk tamat;

(g)

bahawa tanah yang di atasnya bangunan atau bangunan-bangunan itu terdiri tidak tertakluk pada apa-apa gadaian atau lien;

(h)

bahawa unit syer yang dicadangkan yang diuntukkan kepada petak-petak itu oleh pemilik lot dalam permohonannya dalam Borang 1 adalah saksama; dan

(i)

bahawa tanah itu dipegang di bawah hakmilik tetap.

(2)

Dalam hal sesuatu permohonan yang melibatkan blok atau blok-blok sementara menurut kuasa seksyen 9A, Pengarah tidak boleh meluluskan pecah bahagi mana-mana bangunan atau tanah yang dimaksudkan oleh permohonan itu melainkan jika syarat-syarat tambahan yang berikut dipenuhi:

(a)

bahawa telah diperakui oleh juruukur tanah yang kedudukan setiap blok sementara sebagaimana yang ditandakan di atas pelan lokasi adalah keseluruhannya dalam sempadan lot yang berkenaan;

(b)

bahawa kuantum unit-unit syer sementara yang diuntukkan kepada setiap blok sementara oleh pemilik lot itu dalam permohonannya dalam Borang 1 adalah saksama; dan

(c)

bahawa pemilik itu—

(i)

telah memberikan tarikh bila yang dia mengaku janji bahawa pembinaan bangunan atau setiap

Hakmilik Strata 37

bangunan yang dimaksudkan oleh blok atau blok-blok sementara itu akan disiapkan;

(ii)

telah membayar kepada Pengarah berkenaan dengan setiap blok sementara suatu deposit dengan amaun yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengarah itu; dan

(iii)

telah memberi suatu pernyataan bertulis yang bermaksud bahawa dia bersetuju amaun itu dilucuthakkan kepada kerajaan jika sekiranya, tidak lewat dari tarikh itu atau tidak lewat dari suatu tarikh yang terkemudian yang dibenarkan oleh Pengarah, pembinaan bangunan yang dimaksudkan oleh blok sementara itu tidak siap atau, jika telah siap perakuan siap dan pematuhan belum dikeluarkan.