Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(a)
dari pelan strata yang dicadangkan yang relevan, menyediakan atau menyebab disediakan pelan strata yang diperakui yang mematuhi kehendak subseksyen (2),
Hakmilik Strata 39
dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang difikirkannya perlu;
(b)
memfailkan pelan strata yang diperakui dalam pejabatnya;
(c)
menyediakan sesalinan pelan strata yang diperakui itu untuk simpanan Pendaftar;
(d)
menyediakan salinan tambahan pelan strata yang diperakui, atau salinan berbagai folionya sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (4), bagi maksud dikepilkannya kepada dokumen hakmilik keluaran bagi petak-petak yang akan wujud selepas pecah bahagian; dan
(e)
menghantarkan kepada Pengarah, salinan yang disediakan sedemikian itu, bersama dengan permohonan yang diluluskan dan dokumen lain yang disertakan.
(2)
Pelan strata yang diperakui yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah pelan yang menandakan, pada seberapa banyak folio sebagaimana yang difikirkan paling sesuai bagi maksud itu, tingkat bangunan atau bangunan-bangunan yang hendak dipecah bahagi, dan petak dalam setiap tingkat dan tiap-tiap folio itu hendaklah juga mengandungi―
(a)
pelan tanah itu, dengan menunjukkan kedudukan tiap-tiap bangunan di atasnya; dan
(b)
kecuali bagi petak tanah, keratan tegak bangunan atau bangunan-bangunan yang hendak dipecah bahagi itu, dengan menunjukkan kedudukan tingkat atau tingkat-tingkat yang dimaksudkan dengannya itu.
(c)
(Dipotong oleh Akta A1450).
(3)
Bagi maksud menyediakan mana-mana pelan strata yang diperakui itu, sempadan bagi mana-mana petak sesuatu bangunan dengan mana-mana petak lain, atau dengan mana-mana bahagian bangunan itu yang tidak termasuk dalam mana-mana petak itu, hendaklah, kecuali setakat mana ianya mungkin telah diperuntukkan
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 318
selainnya dalam pelan tingkat yang relevan, dianggap sebagai pertengahan lantai, dinding atau siling, mengikut mana yang berkenaan, atau dalam hal petak tanah, sempadan hendaklah ditentukan melalui persempadanannya di atas tanah.
(4)
Bilangan salinan tambahan pelan strata yang diperakui yang akan disediakan menurut perenggan (1)(d) adalah seperti yang berikut:
(a)
jika mana-mana pelan itu mengandungi satu folio sahaja, bilangan salinan itu hendaklah sebanyak bilangan petak yang ditunjukkan didalamnya; dan
(b)
jika mana-mana pelan itu mengandungi dua folio atau lebih, bilangan salinan itu bagi setiap folio yang hendak disediakan itu hendaklah sebanyak bilangan petak yang ditunjukkan dalam folio itu.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, pelan strata yang diperakui berkenaan dengan blok sementara hendaklah mengandungi pelan menunjukkan kedudukan blok sementara dan keratan tegak dan dimensi bangunan atau tingkat bawah tanah yang dikongsi bagi petak tanah, jika ada.
Pengeluaran hakmilik strata kepada petak-petak berasingan