Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA HAKMILIK STRATA 1985

Seksyen 14

Apabila diterima daripada Pengarah Ukur dokumen yang disebut dalam perenggan 13(1)(e), dan setelah diberitahu oleh Pentadbir Tanah yang fi bagi penyediaan dan pendaftaran hakmilik strata telahpun dibayar, Pengarah hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya membuka suatu buku daftar strata mengikut peruntukan seksyen 15

dan menyediakan, mendaftarkan dan mengeluarkan hakmilik strata mengikut seksyen 16.