Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(2)
Daftar strata hendaklah mengandungi suatu siri buku-buku, setiap satunya berhubungan dengan satu lot, dan tiap-tiap buku tersebut hendaklah mengandungi―
(a)
suatu indeks dalam Borang 2 bagi petak individu dan, jika ada, petak aksesori yang berhubung kait dengannya dan bagi blok sementara secara individu, jika ada, yang terkandung dalam lot itu;
(b)
suatu penyata dalam Borang 3 yang, tertakluk pada subseksyen (4), (5) dan (6), hendaklah―
(i)
menyatakan atau, sekiranya berkenaan meringkaskan setakat mana ianya berhubung dengan perkara yang boleh menjejaskan mana-mana petak itu atau blok sementara, semua syarat nyata, sekatan kepentingan, memorial, endorsan dan catatan-catatan lain yang terdapat dalam dokumen hakmilik daftar bagi lot itu pada masa penyata itu disahkan oleh Pendaftar; atau
(ii)
mengesahkan bahawa tidak adanya catatan sedemikian itu;
(c)
sesalinan pelan strata yang diperakui yang disediakan di bawah perenggan 13(1)(a); dan 42 Undang-Undang Malaysia AKTA 318
(d)
dokumen hakmilik daftar dalam Borang 4 berkenaan dengan petak dan dalam Borang 4A berkenaan dengan blok sementara.
(3)
Nama perbadanan pengurusan, dan alamat bagi penyampaian dokumen kepadanya, yang dikehendaki supaya dinyatakan dalam indeks dalam Borang 2 hendaklah diberi kepada Pendaftar oleh pemilik lot itu.
(3A)
Jika pemilik lot itu, selepas diberi notis yang munasabah oleh
Pendaftar, gagal memberikan nama perbadanan pengurusan atau alamat untuk menyampaikan dokumen kepadanya sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (3), Pendaftar—
(a)
berkenaan dengan nama perbadanan pengurusan itu, hendaklah menentukan sendiri nama yang hendak dinyatakan dalam indeks dalam Borang 2; atau
(b)
berkenaan dengan alamat untuk penyampaian, hendaklah menyebabkan dinyatakan dalam indeks dalam Borang 2
alamat pos mana-mana bangunan yang didirikan dalam lot itu.
(4)
Bagi maksud penyata dalam Borang 3, tidaklah boleh diambil kira tentang mana-mana pajakan, sewaan atau mana-mana kaveat yang berhubungan dengan sebahagian daripada bangunan yang tepat sekali dengan, atau dimasukkan dalam, salah satu dari petak-petak yang wujud selepas pecah bahagian, atau terhadap mana-mana gadaian, atau lien, bagi pajakan tersebut; tetapi apa-apa pajakan, sewaan, kaveat atau gadaian itu hendaklah diendorskan dalam dokumen hakmilik daftar bagi petak yang berkenaan itu.
(5)
Pendaftar hendaklah, dalam hal kaveat persendirian atau kaveat
Pendaftar yang terdapat dalam dokumen hakmilik daftar bagi lot itu, jika berpuas hati bahawa kaveat itu hanya melibatkan petak tertentu yang diwujudkan selepas pecah bahagian, mengendorskan kaveat itu dalam dokumen hakmilik daftar petak yang berkenaan, dan mengendors atau menyebabkan untuk diendors, suatu nota pembatalan kaveat tersebut dalam dokumen hakmilik daftar bagi lot berkenaan.
Hakmilik Strata 43
(6)
Jika Pendaftar tidak boleh memastikan sehingga dia berpuas hati kaveat yang menyentuh petak tertentu, dia boleh, sebagai ganti kepada menyatakan atau meringkaskan kaveat itu, mengendorskan suatu pernyataan dalam Borang 3 yang bermaksud bahawa lot itu tertakluk pada kaveat yang dimasukkan dalam dokumen hakmilik daftar bagi lot itu:
Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh pada bila-bila masa selepas itu, jika boleh memastikan sehingga dia berpuas hati bahawa mana-mana kaveat itu berkaitan dengan petak yang tertentu, mengendorskan kaveat itu dalam dokumen hakmilik daftar bagi petak yang berkenaan dan mengendorskan atau menyebabkan supaya diendorskan, suatu nota pembatalan kaveat itu dalam dokumen hakmilik daftar bagi lot itu.
Dokumen hakmilik strata