Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA HAKMILIK STRATA 1985

Seksyen 16

(a)

suatu petak dalam Borang 4; dan

(b)

suatu blok sementara dalam Borang 4A, jika ada.

(2)

Dokumen hakmilik strata yang hendak disediakan oleh

Pendaftar berkenaan dengan mana-mana petak atau blok sementara di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi―

(a)

suatu dokumen hakmilik daftar dalam Borang 4 berkenaan dengan sesuatu petak dan dalam Borang 4A berkenaan dengan sesuatu blok sementara;

(b)

suatu dokumen hakmilik keluaran, yang mengandungi satu salinan dokumen hakmilik daftar yang padanya hendaklah dikepilkan dengan salinan pelan strata yang diperakui atau folio yang berkaitan bagi pelan itu yang disediakan di bawah perenggan 13(1)(d):

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 318

Dengan syarat bahawa, dalam hal petak yang wujud selepas pecahan atau penyatuan mana-mana petak yang sedia ada, pelan yang hendak dikepilkan kepada dokumen hakmilik keluaran hendaklah pelan sebagaimana yang disediakan mengikut Bahagian V Akta ini.

(3)

Tiap-tiap dokumen hakmilik strata hendaklah disediakan atas nama orang yang terakhir sekali didaftarkan sebagai pemilik lot yang berkenaan, atau sekiranya ia berhubungan dengan suatu petak yang wujud seperti yang disebutkan dalam proviso kepada subseksyen (2)

atas nama orang yang terakhir sekali didaftarkan sebagai pemilik petak atau petak-petak yang sedia ada.

(4)

(Dipotong oleh Akta A753).

(5)

Pendaftaran dokumen hakmilik daftar bagi hakmilik strata hendaklah mengandungi pengesahannya di bawah tandatangan dan meterai Pendaftar, dan tarikh pendaftaran hendaklah dimasukkan olehnya dalam tiap-tiap dokumen itu.

(6)

Seksyen 89 hingga 91 Kanun Tanah Negara adalah terpakai bagi dokumen hakmilik strata sebagaimana ia terpakai bagi dokumen hakmilik tetap:

Dengan syarat bahawa sekiranya mana-mana petak adalah tertakluk pada gadaian atau lien, tiada apa-apa jua dalam seksyen 90 Kanun

Tanah Negara boleh dianggap sebagai membenarkan pengeluaran dokumen hakmilik kepada pemilik petak.

Kesan pembukaan buku daftar strata