Malaysia legislation
Section 17A
Seksyen 17A
Hakmilik Strata 45
(2)
Harta bersama terhad yang ditetapkan melalui resolusi komprehensif yang diluluskan oleh perbadanan pengurusan hendaklah—
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 318
(a)
memperihalkan, mengenal pasti atau menetapkan sempadan-sempadan atau kawasan harta bersama terhad itu di dalam suatu pelan khas yang disediakan oleh juruukur tanah;
(b)
menentukan setiap petak yang terkandung dalam pelan khas itu yang pemilik petak adalah berhak kepada faedah eksklusif harta bersama terhad itu; dan
(c)
mematuhi apa-apa butiran lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Ukur.
(3)
Perbadanan pengurusan hendaklah membuat permohonan dalam Borang 9 bagi kelulusan Pengarah untuk pengeluaran perakuan perbadanan pengurusan subsidiari bagi harta bersama terhad yang ditetapkan dan hendaklah disertai—
(a)
apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan;
(b)
satu salinan resolusi komprehensif bersama dengan perakuan yang ditandatangani oleh Pesuruhjaya yang mengesahkan penerimaan salinan resolusi komprehensif itu yang difailkan kepadanya oleh perbadanan pengurusan;
dan
(c)
suatu pelan khas yang disediakan di bawah subseksyen (2), sebagaimana yang diluluskan melalui resolusi komprehensif.
(4)
Setelah menerima permohonan itu, Pengarah hendaklah selepas itu merujukkan permohonan itu kepada Pengarah Ukur dan
Pengarah Ukur hendaklah sesudah itu menyemak pelan khas dan hendaklah—
(a)
menasihati Pengarah sama ada pelan-pelan itu teratur; dan
(b)
memberitahu Pengarah akan amaun fi yang hendak dipungut berkenaan dengan kerja yang telah dilakukan.
Hakmilik Strata 47
(5)
Pengarah hendaklah sesudah itu sekiranya dia berpuas hati bahawa permohonan itu dan dokumen-dokumen lain yang dikemukakan adalah teratur, menerima dan mengeluarkan satu perakuan yang memperakui bahawa perbadanan pengurusan subsidiari itu adalah suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah
Akta ini pada hari yang dinyatakan dalam perakuan itu.
(6)
Perbadanan pengurusan subsidiari boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya.
Pemunyaan harta bersama dan penjagaan dokumen hakmilik keluaran