Malaysia legislation

Section 17B

of *AKTA HAKMILIK STRATA 1985

Seksyen 17B

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), perbadanan pengurusan hendaklah, berhubung dengan harta bersama, mempunyai kuasa yang diberikan oleh Kanun Tanah Negara kepada seorang pemilik berhubung dengan tanahnya.

(3)

Perbadanan pengurusan itu—

(a)

hendaklah menjalankan semua kuasa yang disebut dalam subseksyen (2) hanya atas kebenaran suatu ketetapan sebulat suara (kecuali jika diperuntukkan dengan khusus selainnya dalam Akta ini); dan

(b)

tidaklah mempunyai kuasa untuk memindahkan, menggadaikan atau lien mana-mana bahagian harta bersama yang merupakan sebahagian daripada bangunan itu atau sebahagian daripada tanah yang di atasnya terdiri bangunan itu.

(4)

Jika sesuatu surat cara disempurnakan oleh perbadanan pengurusan dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (2), surat cara itu hendaklah disertakan dengan dokumen di bawah meterai perbadanan pengurusan yang menyatakan bahawa—

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 318

(a)

ketetapan yang mengarahkan transaksi yang dimaksudkan dengan surat cara itu telah diluluskan; dan

(b)

transaksi itu menepati terma ketetapan itu.

(5)

Surat cara yang disempurnakan di bawah subseksyen (4)

hendaklah, bagi faedah Pendaftar atau suatu pihak kepada transaksi itu selain perbadanan pengurusan, menjadi keterangan muktamad mengenai fakta yang diperakui.

Unit syer petak