Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Apabila menerima permohonan yang diluluskan dan dokumen lain yang disertakan daripada Pengarah dan setelah diberitahu oleh
Pentadbir Tanah yang fi ukur yang tersebut dalam perenggan 21(2)(b)
telah dibayar dengan sempurnanya, Pengarah Ukur hendaklah
Hakmilik Strata 61
mengambil apa-apa jua tindakan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 13 berkenaan dengan―
(a)
penyediaan pelan strata baru yang diperakui dengan memasukkan perubahan yang dibuat kepada pelan strata asal yang diperakui oleh pelan tingkat yang disebut dalam perenggan 20A(1)(d), untuk difailkan di dalam pejabatnya sebagai menggantikan pelan strata asal yang diperakui; dan
(b)
penyediaan sesalinan pelan strata baru yang diperakui untuk disimpan oleh Pendaftar dan salinan tambahan pelan itu untuk dikepilkan kepada dokumen hakmilik keluaran bagi petak yang baru, dan hendaklah menghantarkannya kepada Pengarah salinan yang disediakan sedemikian itu, berserta dengan permohonan dan dokumen lain yang disertakan itu.