Malaysia legislation

Section 23C

of *AKTA HAKMILIK STRATA 1985

Seksyen 23C

Penentuan dan pengiraan cukai

(a)

Pentadbir Tanah hendaklah menentukan jumlah cukai; dan

(b)

Pendaftar hendaklah—

(i)

membuat memorial pada dokumen hakmilik daftar dan keluaran bagi lot itu, tarikh cukai bagi lot tersebut terhenti daripada berkuat kuasa dan cukai bagi petak atau blok sementara mula berkuat kuasa, walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam hakmilik bagi lot itu; dan

(ii)

mengendorskan pada dokumen-dokumen hakmilik strata jumlah cukai itu.

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 318

(2)

Pendaftar hendaklah membuat memorial atau mengendorskan dokumen hakmilik keluaran yang sedia ada bagi lot itu dan dokumen hakmilik keluaran strata yang sedia ada menurut subperenggan (b)(i)

atau (ii) apabila hakmilik berkaitan dikemukakan kepadanya.

(3)

Cukai yang dikenakan berkenaan dengan petak atau blok sementara hendaklah kena dibayar bermula dari awal tahun kalendar.

(4)

Berhubung dengan dokumen-dokumen hakmilik strata yang sedia ada, cukai bagi petak atau blok sementara hendaklah kena dibayar bermula dari awal tahun kalendar.

(5)

Berhubung dengan dokumen-dokumen hakmilik strata yang didaftarkan selepas permulaan kuat kuasa seksyen 4C, cukai tersebut hendaklah kena dibayar bermula dari awal tahun kalendar yang berikutnya.

(6)

Cukai yang kena dibayar berhubung dengan mana-mana tahun kalendar hendaklah dibayar sepenuhnya pada hari pertama tahun itu dan, jika tidak dibayar terlebih awal, hendaklah dianggap bagi maksud

Akta ini menjadi sebagai tunggakan pada hari pertama bulan Jun dalam tahun itu.

(7)

Bagi maksud subseksyen (6), subseksyen 94(2) Kanun Tanah

Negara dan ubah suaian sebagaimana dinyatakan di perenggan 1