Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
“bangunan”, berhubung dengan lot yang hendak dimajukan berperingkat, termasuklah mana-mana bangunan yang separuh siap atau yang hendak didirikan dalam lot itu sebagaimana yang
Hakmilik Strata 11
ditunjukkan atau dinyatakan dalam mana-mana pelan strata yang dicadangkan yang dikemukakan untuk kelulusan;
“bangunan khas” ertinya mana-mana bangunan yang diduduki sebelum Jun 1996 atau mana-mana bangunan yang diduduki dari Jun 1996 sehingga 11 April 2007, yang diklasifikasikan sedemikian oleh
Pihak Berkuasa Negeri;
“bangunan kos rendah” ertinya mana-mana bangunan yang diperakui oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 9B;
“bangunan atau tanah yang dipecah bahagi” ertinya suatu bangunan atau tanah sebagaimana yang dipecahbahagikan di bawah Bahagian II atau Bahagian IV, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“blok sementara” ertinya―
(a)
berhubung dengan sesuatu pelan strata yang dipecah bahagi, suatu blok berkenaan dengan sesuatu bangunan yang dicadang untuk, atau sedang, didirikan atas bangunan atau tanah, yang baginya suatu hakmilik strata sementara yang berasingan telah dipohon;
(aa) berhubung dengan tanah yang dipecah bahagi, suatu blok yang berkenaan dengan petak tanah yang dicadangkan, yang baginya suatu hakmilik strata sementara yang berasingan telah dipohon;
(b)
berhubung dengan sesuatu pelan strata yang diperakui, suatu blok yang ditunjukkan di dalamnya, yang baginya suatu hakmilik strata sementara hendak didaftarkan; dan
(c)
berhubung dengan sesuatu buku daftar strata, suatu blok yang ditunjukkan di dalamnya, yang baginya suatu hakmilik strata sementara telah didaftarkan;
“borang” diikuti dengan nombor, ertinya borang dalam Jadual
Pertama yang dikenali dengan nombor tersebut;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 318
“cukai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 *Kanun Tanah Negara [Akta 828] dan termasuklah apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa
Negeri berkaitan mana-mana petak atau blok sementara menurut seksyen 4C melalui cukai dan apa-apa fi terhutang kepada Pihak
Berkuasa Negeri berkenaan dengan tunggakan cukai melalui kaedah-kaedah di bawah seksyen 81;
“daftar strata” ertinya daftar hakmilik strata yang disenggarai di bawah peruntukan seksyen 15;
“daftarai strata”, berhubung dengan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi, ertinya daftarai yang disenggarai di bawah Akta
Pengurusan Strata 2013 [Akta 757];
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh
Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 81;
“hakmilik strata” ertinya hakmilik yang dikeluarkan di bawah seksyen 16;
“hakmilik strata sementara” ertinya hakmilik yang didaftarkan dan dikeluarkan di bawah seksyen 16 berkenaan dengan suatu blok sementara;
“harta bersama” ertinya sekian banyak daripada lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak (termasuk mana-mana petak aksesori) atau mana-mana blok sementara sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan strata yang diperakukan;
“jadual petak” ertinya jadual petak atau jadual petak terpinda yang disediakan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013;
“juruukur tanah” ertinya Pengarah Ukur yang dilantik di bawah
Kanun Tanah Negara atau juruukur tanah yang diberi lesen untuk
*CATATAN—Kanun Tanah Negara [Akta no. 26 tahun 1965] telah disemak sebagai
Kanun Tanah Negara [Akta 828].
Hakmilik Strata 13
menjalankan amalan sebagai sedemikian di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan kerja ukur-mengukur;
“keluasan lantai”, berhubung dengan sesuatu petak, ertinya kawasan yang diduduki oleh petak itu;
“ketetapan sebulat suara” ertinya suatu ketetapan yang diluluskan dalam mesyuarat agung perbadanan pengurusan yang diadakan dengan sempurnanya yang mengenainya notis sekurang-kurangnya dua puluh satu hari yang menyatakan ketetapan yang dicadangkan itu telah diberikan dan terhadapnya tiada undi yang menentang dibuat.
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara tanah;
“pelan lokasi” ertinya pelan lokasi di bawah subseksyen 8A(3)
atau 20A(3), mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pelan strata”—
(a)
berhubung dengan bangunan yang dipecah bahagi, ertinya pelan lokasi dan pelan tingkat, dan termasuklah pelan pecahan atau penyatuan petak yang ditunjukkan di dalam pelan strata yang diperakui; dan
(b)
berhubung dengan tanah yang dipecah bahagi, ertinya pelan lokasi dan pelan tandaan, dan termasuklah pelan pecahan atau penyatuan petak yang ditunjukkan dalam pelan strata yang diperakui, dan dalam hal petak tanah dengan tingkat bawah tanah yang dikongsi, termasuk pelan tingkat;
“pelan strata yang diperakui” ertinya pelan yang disediakan di bawah seksyen 13 atau 22, mengikut mana-mana yang berkenaan dan yang diperakui oleh Pengarah Ukur;
“pelan tandaan” ertinya pelan yang menunjukkan tandaan petak tanah;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 318
“pelan tingkat” ertinya suatu pelan tingkat di bawah subseksyen 8A(4)
atau 20A(4), mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pembeli” ertinya mana-mana orang atau badan yang membeli suatu petak atau yang mempunyai apa-apa urus niaga dengan suatu pemaju berkenaan dengan pengambilan petak itu;
“pemilik” merujuk kepada pemilik petak, iaitu orang atau badan yang pada masa itu didaftarkan sebagai pemilik sesuatu petak, dan juga kepada pemilik sesuatu blok sementara, iaitu orang atau badan yang pada masa itu didaftarkan sebagai pemilik sesuatu blok sementara melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya;
“pemilik asal” ertinya pemilik lot sebelum sahaja pecah bahagian sesuatu bangunan atau tanah;
“Pendaftar” ertinya―
(a)
berhubung dengan hakmilik strata yang bergantungan pada hakmilik Pejabat Pendaftaran, Pendaftar Hakmilik atau
Timbalan Pendaftar Hakmilik bagi Negeri; dan
(b)
berhubung dengan hakmilik strata yang bergantungan pada hakmilik Pejabat Tanah, Pentadbir Tanah bagi Daerah;
“Pengarah” ertinya Pengarah Tanah dan Galian bagi Negeri atau
Wilayah Persekutuan dan termasuklah Timbalan Pengarah Tanah dan
Galian;
“Pengarah Ukur” ertinya Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri atau
Wilayah Persekutuan dan termasuk Timbalan Pengarah Ukur dan
Pemetaan;
“Pentadbir Tanah” ertinya Pentadbir Tanah bagi sesuatu Daerah yang dilantik di bawah Kanun Tanah Negara dan termasuklah
Penolong Pentadbir Tanah yang dilantik di bawah Kanun tersebut;
Hakmilik Strata 15
“perakuan siap dan pematuhan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974
[Akta 133];
“perbadanan pengurusan” berhubung dengan mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi yang ditunjukkan dalam pelan strata yang diperakui, ertinya perbadanan pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;
“perbadanan pengurusan subsidiari”, berhubung dengan harta bersama terhad, ertinya perbadanan pengurusan subsidiari yang ditubuhkan di bawah seksyen 17A;
“peringkat struktur utama” ertinya peringkat di mana penyiapan kerja-kerja bangunan sebagaimana yang diperakui mengikut undang-undang kecil yang berkaitan yang dibuat di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974;
“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Bangunan yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Pengurusan Strata 2013;
“petak”, berhubung dengan sesuatu bangunan yang (kecuali dalam hal suatu petak aksesori) dipecah bahagi, ertinya salah satu daripada unit individu yang, terkandung dalamnya yang dipegang mengikut hakmilik strata yang berasingan, dan berhubung dengan suatu tanah yang dipecah bahagi, ertinya satu daripada unit-unit individu petak tanah;
“petak aksesori” ertinya mana-mana petak yang ditunjukkan dalam suatu pelan strata sebagai petak aksesori yang digunakan atau dicadang hendak digunakan bersama-sama dengan suatu petak;
“petak tanah” ertinya satu unit yang ditandakan dalam sesuatu lot yang terkandung dalamnya bangunan yang tidak lebih dari empat tingkat (tidak termasuk tingkat bawah yang dikongsi) yang dipegang di bawah suatu hakmilik strata; yang mungkin mempunyai tingkat bawah tanah yang dikongsi, yang terkandung dalamnya petak-petak aksesori dan harta bersama;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 318
“sijil cadangan pelan strata” ertinya sijil yang mengesahkan pelan strata yang dicadangkan yang disediakan di bawah seksyen 8A atau 20A, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“tingkat” ertinya apa-apa pecah bahagian sesuatu bangunan secara mendatar sama ada atau tidak atas paras yang sama seluruhnya dan sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi;
“unit syer”, berkenaan dengan sesuatu petak, ertinya unit syer yang ditetapkan bagi petak itu sebagaimana yang ditunjukkan dalam daftar strata;
“unit syer sementara” ertinya nilai syer yang diuntukkan kepada blok sementara yang ditunjukkan dalam daftar strata;
“Wilayah Persekutuan” ertinya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Permulaan kuat kuasa Sistem Pengkomputeran Hakmilik Strata di mana-mana Pejabat Pendaftaran Tanah