Malaysia legislation

Section 4B

of *AKTA HAKMILIK STRATA 1985

Seksyen 4B

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

“Pusat Pemulihan Bencana” ertinya suatu pusat system sokongan dan pemulihan yang ditubuhkan oleh Pihak

Berkuasa Negeri untuk penyambungan urusan operasi Sistem

Pentadbiran Tanah Elektronik;

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 318

(b)

“Pejabat Pendaftaran Tanah” termasuk—

(i)

dalam hal hakmilik strata yang dipegang atau yang akan dipegang bergantung kepada hakmilik Pejabat

Pendaftaran, pejabat Pendaftar Hakmilik bagi

Negeri itu;

(ii)

dalam hal hakmilik strata yang dipegang atau yang akan dipegang bergantung kepada hakmilik Pejabat

Tanah, pejabat Pentadbir Tanah bagi Daerah itu;

dan

(iii)

pada ketika bencana seperti yang dinyatakan oleh

Pihak Berkuasa Negeri, Pusat Pemulihan Bencana.

(3)

Apabila Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi Hakmilik

Strata mula berkuat kuasa di mana-mana Pejabat Pendaftaran Tanah—

(a)

peruntukan Jadual Keenam hendaklah terpakai setakat mana ia berkait dengan bentuk dokumen hakmilik strata, prosedur untuk penyediaan dan pendaftaran mana-mana dokumen hakmilik strata, mana-mana urusniaga dan mana-mana pemasukan atau pengendorsan apa-apa nota, memorial atau memorandum atau mana-mana pembetulan atau pembatalan mengenainya atas mana-mana dokumen hakmilik strata;

(b)

peruntukan lain bagi Akta ini yang berkait dengan Sistem

Pentadbiran Tanah Elektronik hendaklah dibaca dengan ubah suaian, pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian atau penyesuaian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual

Keenam; dan

(c)

peruntukan Jadual Kelima hendaklah tidak lagi beroperasi.

(4)

Menteri boleh, dengan kelulusan Majlis Tanah Negara, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Keenam.

Hakmilik Strata 19

Permulaan kuat kuasa cukai bagi petak atau blok sementara, dsb.