Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Kanun Tanah Negara dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, setakat mana ia tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, atau berkebolehan
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 318
dipakai bagi petak, hendaklah dalam segala hal dipakai bagi petak yang dipegang di bawah hakmilik strata.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui perintah membuat peruntukan mengenai―
(a)
tidak terpakainya mana-mana peruntukan Kanun Tanah
Negara kepada Akta ini; atau
(b)
pemakaian mana-mana peruntukan Kanun Tanah Negara kepada Akta ini dengan tertakluk pada apa-apa perubahan, ubah suaian, penyesuaian, tambahan atau potongan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
(4)
Dalam pemakaian subseksyen
(1)
kepada
Wilayah
Persekutuan, Kanun Tanah Negara hendaklah dibaca sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 5(3) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973
[Akta A206].
(5)
Apa-apa sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri dalam Akta ini dalam pemakaiannya kepada Wilayah Persekutuan dan dalam penjalanan kuat kuasa
Kanun
Tanah
Negara sebagaimana diubahsuaikan di bawah subseksyen (4), hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah dalam
Wilayah Persekutuan.