Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1A)
Mana-mana tanah beri hakmilik yang mempunyai dua bangunan atau lebih yang dipegang sebagai satu lot di bawah hakmilik tetap (sama ada hakmilik Pejabat Pendaftaran atau Pejabat Tanah)
bolehlah dipecahbahagikan kepada petak-petak tanah yang setiap satu dipegang di bawah suatu hakmilik strata atau sebagai suatu petak aksesori.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui kaedah-kaedah yang disiarkan dalam Warta, melarang pecah bahagian bangunan-bangunan atau tanah dari mana-mana kelas atau perihal sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah tersebut.
Pemilik asal boleh memohon bagi pecah bahagi bangunan atau tanah