Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA HAKMILIK STRATA 1985

Seksyen 8

Hal keadaan yang adalah wajib memohon bagi pecah bahagi bangunan atau tanah

(2)

Tempoh yang dalamnya kehendak subseksyen 8A(1) hendaklah dipatuhi adalah seperti yang berikut:

(a)

dalam hal jika penjualan, atau perjanjian untuk menjual, mana-mana petak dalam bangunan itu atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu berlaku dan dokumen perakuan peringkat struktur utama dikeluarkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh pengeluaran dokumen yang memperakui peringkat struktur utama;

(b)

dalam hal jika bangunan siap selepas permulaan kuat kuasa

Akta ini dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual, mana-mana petak dalam bangunan itu atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu, berlaku sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh bangunan siap;

(c)

dalam hal jika bangunan siap dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu dibuat selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh bangunan siap atau penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu, atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu dibuat, mengikut mana-mana yang terkemudian;

(d)

dalam hal jika bangunan telah siap dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu, atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu, dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;

(e)

dalam hal jika bangunan telah siap sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu, atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu, dibuat selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh

Hakmilik Strata 23

penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu dibuat.

(3)

Pemilik asal tanah beri hakmilik yang di atasnya bangunan atau tanah telah dikeluarkan sijil cadangan pelan strata di bawah subseksyen 8A(8), hendaklah memohon untuk pecah bahagi mengikut subseksyen 9(1) dalam tempoh satu bulan dari tarikh pengeluaran sijil cadangan pelan strata.

(4)

Tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) boleh, atas permohonan yang dibuat sebelum tamatnya tempoh itu, dilanjutkan sekali oleh Pengarah Ukur selama apa-apa tempoh lanjut yang tidak melebihi satu bulan.

(5)

Tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (3) boleh, atas permohonan yang dibuat sebelum habis tempoh itu, dilanjutkan sekali oleh Pengarah selama apa-apa tempoh lanjut yang tidak melebihi satu bulan.

(6)

Permohonan untuk kelulusan Pengarah hendaklah dianggap sebagai tidak menurut subseksyen 8A(1) jika permohonan itu adalah cacat atas alasan ketidakpatuhan yang material dengan mana-mana kehendak subseksyen 9(1) berkaitan dengan permohonan itu.

(7)

Jika permohonan tidak dibuat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan (3), dan, dalam tempoh pelanjutan yang diberikan di bawah subseksyen (4) atau (5) berkenaan dengan sesuatu bangunan atau tanah, pemilik asal adalah melakukan suatu kesalahan.

(8)

Pemilik asal yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (7)

hendaklah, apabila disabitkan—

(a)

didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak kurang daripada satu

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 318

ratus ringgit tetapi tidak lebih daripada satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan; dan

(b)

mahkamah boleh memerintahkan pemilik asal untuk memohon pecah bahagi bangunan atau tanah dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu.

(9)

Bagi maksud perenggan (2)(b), (c), (d) dan (e), tarikh yang sesuatu bangunan itu siap atau telah siap hendaklah pada tarikh perakuan siap dan pematuhan dikeluarkan, diperakui oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan sebagai layak diduduki atau digunakan, atau diperakui mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa.

Permohonan bagi sijil cadangan pelan strata