Malaysia legislation

Section 8A

of *AKTA HAKMILIK STRATA 1985

Seksyen 8A

(a)

fi bagi pengukuran yang dijalankan atau menyebabkan untuk dijalankan di bawah subseksyen 8A(8);

(b)

kecuali dalam hal di bawah perenggan (c), salinan asal pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan tempatan;

(c)

jika salinan asal pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan tempatan itu tidak boleh didapati, permohonan di bawah subseksyen ini hendaklah disertai dengan—

(i)

pelan bangunan, yang diperakui oleh seorang

Arkitek Profesional atau oleh seorang juruukur tanah sebagai telah dilukis mengikut ciri-ciri

Hakmilik Strata 25

sebenar bangunan itu dan sebagai menggambarkan dengan sebenar-benarnya ciri-ciri itu; dan

(ii)

perakuan daripada seorang pegawai pihak berkuasa perancangan tempatan yang berkenaan yang diberi kuasa sewajarnya bahawa bangunan sebagaimana yang digambarkan melalui pelan yang disebut dalam subperenggan (i), telah didirikan dengan kebenaran perancangan tetapi pelan dan spesifikasi yang dengan merujuk kepadanya kebenaran itu telah diberi tidak lagi boleh didapati, dan bahawa pihak berkuasa perancangan tempatan itu walau bagaimanapun berpuas hati yang bangunan sebagaimana yang digambarkan itu memenuhi kehendak perancangan;

(d)

pelan strata yang dicadangkan yang mengandungi suatu pelan lokasi, pelan tingkat dan pelan tandaan, yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dinyatakan masing-masingnya dalam subseksyen (2), (3),

(4)

, (5), (6) dan (7) dan diperakui oleh juruukur tanah seperti yang berikut:

(i)

bahawa dia telah membuat perbandingan antara pelan-pelan itu dengan pelan bangunan yang diluluskan yang disediakan oleh

Arkitek

Profesional yang didaftarkan di bawah Akta

Arkitek 1967 [Akta 117] atau Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran

Jurutera 1967 [Akta 138] yang bertanggungjawab bagi pembinaannya, atau, dalam hal yang termasuk di bawah perenggan (c), dengan pelan-pelan bangunan yang telah dilukis dan diperakui oleh seorang Arkitek Profesional atau oleh seorang juruukur tanah;

(ii)

dalam hal pelan tingkat, bahawa sempadan petak-petak yang ditunjukkan di atasnya mengikuti ciri-

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 318

ciri pembinaan tetap yang terdapat dalam bangunan itu;

(iii)

bangunan atau bangunan-bangunan itu terletak keseluruhannya dalam sempadan lot yang berkenaan, tetapi tidak mengira apa-apa cucur atap, kajang, dan apa-apa langkan yang tidak merupakan sebahagian daripada sesuatu petak yang dicadangkan, yang mengunjur ke suatu rizab jalan yang padanya ada permit atau permit-permit yang dikeluarkan di bawah seksyen 75A Kanun Tanah

Negara berkenaan dengan tiap-tiap cucur atap, kajang dan langkan itu;

(iv)

bahawa setiap petak yang dicadangkan itu mempunyai—

(A)

jalan masuk yang memadai yang tidak melintasi suatu petak yang lain; dan

(B)

jalan perhubungan dalaman yang memadai yang tidak melintasi harta bersama;

(v)

bahawa telah diperakui oleh seorang juruukur tanah bahawa kedudukan setiap blok sementara sebagaimana yang ditandakan di atas pelan lokasi adalah keseluruhannya dalam sempadan lot yang berkenaan;

(e)

dalam hal mana-mana bangunan atau petak tanah yang kebenaran perancangan diperlukan untuk mendirikannya, perakuan oleh Arkitek Profesional atau Jurutera

Profesional yang disebut di bawah subperenggan (1)(d)(i)

bahawa bangunan itu telah dibina mengikut pelan dan spesifikasi yang dengan merujuk kepadanya kebenaran itu telah diberi, dan pelan serta spesifikasi bangunan itu menyatakan tarikh kebenaran itu diberi dan nombor rujukannya, jika ada;

Hakmilik Strata 27

(f)

salinan diperakui sah hakmilik tetap bagi lot tersebut;

(g)

salinan yang diperakui sah dokumen yang memperakukan peringkat struktur utama bagi keadaan di bawah perenggan 8(2)(a);

(h)

salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali dalam hal di bawah perenggan 8(2)(a); dan

(i)

salinan yang diperakui sah jadual petak atau jadual petak terpinda, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang difailkan dengan Pesuruhjaya di bawah Akta Pengurusan

Strata 2013 kecuali dalam hal di bawah perenggan 8(2)(b)

dan (d).

(1A)

Walau apa pun subseksyen (1), Pengarah Ukur, dalam meluluskan permohonan bagi sijil cadangan pelan strata—

(a)

suatu bangunan khas; atau

(b)

dalam mana-mana hal keadaan lain yang difikirkannya patut, boleh memberikan pengecualian bagi dokumen dalam perenggan (1)(e)

dan (h) atau menghendaki mana-mana dokumen lain bersama dengan permohonan itu.

(2)

Bagi maksud pecah bahagi di bawah subseksyen 6(1A), pelan strata yang dicadangkan hendaklah mengandungi pelan lokasi dan pelan tandaan, dan dalam keadaan pecah bahagi tanah yang mempunyai tingkat bawah tanah yang dikongsi, termasuk pelan tingkat yang menunjukkan petak aksesori yang dicadangkan dan harta bersama.

(3)

Tiap-tiap pelan lokasi hendaklah—

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 318

(a)

menyatakan nombor lot, nombor hakmilik tanah yang terkandung dalamnya dan keluasannya;

(b)

menandakan sempadan-sempadan dan tanda-tanda sempadan bagi lot itu dan kedudukan kesemua bangunan di atasnya, dengan menunjukkan bangunan mana yang hendak dipecahbahagikan dan dalam hal permohonan bagi pecah bahagi tanah kepada petak-petak tanah, menandakan sempadan-sempadan dan tanda-tanda sempadan bagi lot itu dan petak-petak yang menunjukkan kedudukan kesemua bangunan di atasnya;

(c)

dalam hal pecah bahagi bangunan, dan pecah bahagi tanah kepada petak tanah dengan tingkat bawah tanah yang dikongsi, menyertakan suatu keratin menegak bagi setiap bangunan tersebut atau tingkat bawah tanah yang dikongsi, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menunjukkan—

(i)

lantai dan siling setiap tingkat; dan

(ii)

ketinggian setiap tingkat; dan

(d)

mengandungi apa-apa butir terperinci lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengarah Ukur.

(4)

Tiap-tiap pelan tingkat hendaklah—

(a)

menyatakan nombor lot dan nombor hakmilik tanah yang terkandung dalamnya, dan bangunan serta tingkat yang dinomborkannya yang baginya pelan itu berkaitan;

(b)

menandakan, tertakluk pada peruntukan perenggan (7)(a) dan

(b)

, setiap petak yang dicadangkan dan menentukan sempadannya dengan merujuk kepada lantai dan dinding yang menunjukkan dimensi mendatar, tanpa perlu menunjukkan bering;

Hakmilik Strata 29

(c)

menunjukkan berkenaan dengan setiap petak itu nombor yang dengannya petak itu diperihalkan dalam pelan strata yang dicadangkan;

(d)

menyatakan keluasan lantai setiap petak;

(e)

membezakan apa-apa bahagian sebagai tidak dimasukkan ke dalam mana-mana petak tetapi hendak dijadikan sebahagian daripada harta bersama; dan

(f)

mengandungi apa-apa butir terperinci lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengarah Ukur.

(5)

Tiap-tiap pelan tandaan hendaklah—

(a)

menyatakan nombor lot dan nombor hakmilik tanah yang terkandung dalamnya, dan petak tanah yang baginya pelan itu berkaitan;

(b)

menandakan setiap petak tanah yang dicadangkan dengan merujuk kepada sempadan lot yang menunjukkan bering dan jarak bagi setiap sempadan;

(c)

menunjukkan berkenaan dengan setiap petak tanah itu nombor yang dengannya petak tanah itu diperihalkan dalam pelan strata yang dicadangkan;

(d)

menyatakan keluasan setiap petak tanah;

(e)

membezakan mana-mana bahagian sebagai tidak dimasukkan ke dalam mana-mana petak tanah tetapi adalah menjadi sebahagian daripada harta bersama; dan

(f)

mengandungi apa-apa butir terperinci lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengarah Ukur.

(6)

Tiap-tiap pelan strata yang dicadangkan hendaklah—

(a)

menunjukkan petunjuk bagi—

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 318

(i)

semua petak;

(ii)

semua harta bersama; dan

(iii)

semua petak aksesori, dan menyatakan dalamnya petak-petak yang dijadikan berhubung kait dengannya, tidak kira sama ada petak-petak aksesori itu adalah berdampingan dengan petak-petak yang dinyatakan itu; dan

(b)

mengandungi apa-apa butir lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Ukur.

(7)

Jika suatu petak aksesori—

(a)

mengandungi suatu bangunan atau bahagian-bahagiannya dan disempadani dengan dinding luar, lantai dan siling, dimensi dan sempadan petak aksesori itu hendaklah ditunjukkan dalam pelan strata yang dicadangkan itu mengikut kehendak subseksyen (3), (4) dan (5);

(b)

tidak mengandungi suatu bangunan atau bahagian-bahagiannya—

(i)

sempadan-sempadan luar bagi petak aksesori itu hendaklah dipastikan daripada pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan, dan petak aksesori itu hendaklah mencapai ketinggian yang munasabah atau setakat apa-apa unjuran di bahagian atas atau melanggar sempadan di bawah aras bumi oleh suatu bahagian lain lot itu;

dan

(ii)

pelan strata yang dicadangkan hendaklah menunjukkan gambar rajah petak aksesori dengan dimensi yang serupa dengan dimensi sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan yang diluluskan yang disebut dalam subperenggan (i).

Hakmilik Strata 31

(8)

Pengarah Ukur hendaklah sesudah itu menyemak pelan lokasi, pelan tingkat dan pelan tandaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, menjalankan atau menyebabkan dijalankan apa-apa kerja ukur tanah, mana-mana bangunan di atasnya atau mana-mana petak, dan hendaklah—

(a)

mengeluarkan sijil cadangan pelan strata kepada pemohon jika dia berpuas hati bahawa pelan itu teratur;

(b)

mengeluarkan satu salinan sijil itu kepada Pentadbir Tanah bagi maksud seksyen 8; dan

(c)

memberitahu Pentadbir Tanah akan amaun fi yang hendak dipungut berkenaan dengan pelan yang disebabkan supaya disediakan sekiranya permohonan itu diluluskan.

(9)

Jika suatu permohonan di bawah subseksyen (1) melibatkan blok atau blok-blok sementara menurut seksyen 9A, kehendak-kehendak yang berikut yang berhubungan dengan blok atau blok-blok sementara itu hendaklah, sebagai tambahan kepada kehendak-kehendak seksyen 9 yang berhubungan dengan bangunan atau bangunan-bangunan atau tanah tertentu yang hendak dipecahbahagikan, dipatuhi dalam membuat permohonan itu:

(a)

permohonan itu hendaklah disertakan dengan salinan asal pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan bagi bangunan atau bangunan-bangunan untuk, atau yang sedang, didirikan;

(b)

pelan lokasi hendaklah termasuk suatu petunjuk, dan hendaklah menandakan kedudukan setiap blok sementara, yang menunjukkan, mengikut pelan-pelan bangunan yang diluluskan, keratan tegak dan dimensi-dimensi bangunan atau tingkat bawah tanah yang dikongsi bagi petak tanah, jika ada;

(c)

permohonan itu hendaklah disertai, sebagai membentuk sebahagian daripada pelan strata yang dicadangkan, dengan suatu pelan tingkat berkenaan dengan setiap blok

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 318

sementara, yang hendaklah menandakan sempadan-sempadan luar, dan menunjukkan, mengikut pelan-pelan bangunan yang diluluskan, dimensi-dimensi mendatar bangunan atau tingkat bawah tanah yang dikongsi bagi petak tanah, jika ada, yang padanya blok sementara itu berkaitan, tanpa perlu menunjukkan apa-apa bering; dan

(d)

pelan strata yang dicadangkan hendaklah, bagi maksud blok atau blok-blok sementara bagi maksud tanah—

(i)

menandakan blok yang dicadangkan dengan merujuk kepada sempadan lot yang menunjukkan bering dan jarak bagi setiap sempadan;

(ii)

menyatakan keluasan blok atau blok-blok sementara; dan

(iii)

mengandungi apa-apa butir lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Ukur.

Permohonan bagi pecah bahagi bangunan, dsb.