Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA HAKMILIK STRATA 1985

Seksyen 9

(a)

apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan;

(b)

apa-apa fi sebagaimana yang diberitahu oleh Pengarah

Ukur di bawah perenggan 8A(8)(c);

(c)

sijil cadangan pelan strata;

(d)

perakuan klasifikasi bangunan kos rendah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 9B(3), jika ada;

(e)

keizinan-keizinan bertulis kepada pembuatan permohonan itu daripada tiap-tiap orang yang, pada masa permohonan

Hakmilik Strata 33

dibuat, adalah berhak mendapat faedah daripada pajakan seluruh atau mana-mana bahagian tanah itu, selain bahagian yang betul-betul menepati, atau termasuk dalam, salah satu daripada petak-petak yang akan wujud setelah dipecah bahagi;

(f)

cadangan nama perbadanan pengurusan, dan alamat bagi penyampaian dokumen-dokumen kepadanya, yang dikehendaki supaya dibekalkan menurut subseksyen 15(3);

(g)

dokumen hakmilik keluaran bagi lot itu;

(h)

suatu salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali—

(i)

dalam hal di bawah perenggan 8(2)(a);

(ii)

apabila bangunan diklasifikasikan sebagai bangunan khas dan salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki itu tidak boleh didapati; atau

(iii)

dalam mana-mana hal keadaan lain apabila

Pentadbir Tanah berpuas hati bahawa salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki itu boleh dikecualikan; dan

(i)

salinan yang diperakui sah jadual petak atau jadual petak terpinda, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali dalam hal di bawah perenggan 8(2)(b) dan (d).

(2)

Tiada permohonan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat melainkan jika—

(a)

tanah itu dipegang di bawah hakmilik tetap;

(b)

penggunaan tanah itu tidak bertentangan dengan kategori dan syarat-syarat tanah; dan 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 318

(c)

tanah itu tidak tertakluk pada apa-apa gadaian atau lien.

(3)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1),

Pentadbir Tanah hendaklah mengendorskan atau menyebabkan untuk diendors, suatu catatan mengenai pembuatannya dalam dokumen hakmilik daftar.

(4)

Pentadbir Tanah hendaklah sesudah itu sekiranya dia berpuas hati bahawa permohonan itu dan dokumen-dokumen lain yang dikemukakan bersamanya itu adalah teratur, menghantarkan permohonan itu dan dokumen-dokumen lain itu kepada Pengarah bersama-sama dengan syor Pentadbir Tanah untuk kelulusan atau penolakan.

Permohonan bagi pecah bahagi dalam hal pembangunan berperingkat-peringkat