Malaysia legislation
Section 73
Seksyen 73
Interplider
Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk memberikan relief dengan cara interplider dan untuk memerintahkan penjualan apa-apa harta tertakluk kepada prosiding interplider—
(a)
jika pegawai Mahkamah Sesyen yang sewajarnya dipertanggungkan dengan pelaksanaan apa-apa writ, waran atau perintah Mahkamah dan tuntutan dibuat terhadap apa-apa wang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan untuk diambil dalam melaksanakan writ, waran atau perintah itu, atau terhadap hasil atau nilai mana-mana harta itu, oleh mana-mana orang selain orang yang terhadapnya writ, waran atau perintah itu telah dikeluarkan atau dibuat; atau
(b)
jika orang yang meminta relief adalah bertanggungan bagi apa-apa hutang, wang, atau harta alih lain yang amaun atau nilai tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan bagi atau yang berkenaan dengannya dia telah atau dijangka akan dibawa guaman oleh dua pihak atau lebih yang membuat tuntutan bertentangan terhadapnya.
Kuasa untuk memerintahkan penjualan melainkan jika jaminan diberikan