Malaysia legislation
Section 74
Seksyen 74
Jika sesuatu tuntutan dibuat terhadap atau berkenaan dengan mana-mana harta alih yang disita di bawah suatu writ, waran atau perintah yang dikeluarkan atau dibuat oleh Mahkamah Sesyen,
Mahkamah Sesyen itu boleh, atas permohonan orang yang atas kehendaknya writ, waran atau perintah itu telah dikeluarkan atau dibuat, memerintahkan pegawai Mahkamah yang sepatutnya supaya
18
Undang-Undang Malaysia menjual harta yang dituntut itu seolah-olah tiada tuntutan sedemikian telah dibuat dan supaya membayar hasil jualan itu ke dalam mahkamah untuk mematuhi keputusan Mahkamah Sesyen, melainkan jika pihak menuntut memberikan jaminan mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Mahkamah Sesyen.