Malaysia legislation
Section 90
Seksyen 90
Tertakluk kepada batasan yang terkandung dalam Akta ini, seorang Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan segala tindakan dan guaman daripada
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
Mahkamah Rendah 25
jenis sivil jika amaun yang dipertikaikan atau nilai hal perkara itu tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.
Rayuan sivil daripada Mahkamah Penghulu
*91.
Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan daripada apa-apa keputusan prosiding daripada jenis sivil bagi Mahkamah Penghulu yang terletak dalam had bidang kuasa tempatannya, dan boleh sesudah itu membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut dibuat tentang kos pendengaran dalam Mahkamah Penghulu dan kos mana-mana rayuan itu.
Bidang kuasa sivil Majistret Kelas Kedua
*92.
Seorang Majistret Kelas Kedua hendaklah hanya mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan tindakan atau guaman asal daripada jenis sivil yang plaintif bertujuan untuk mendapat kembali hutang atau tuntutan jumlah tertentu wang yang kena dibayar oleh defendan, dengan atau tanpa bunga, yang tidak melebihi tiga ribu ringgit.
Peruntukan Akta yang berhubungan dengan Mahkamah Sesyen yang terpakai bagi Mahkamah Majistret