Malaysia legislation
Section 121
of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
Seksyen 121
(a)
tiada satu pihak pun hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu;
(b)
defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk pada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya; atau
(c)
plaintif tidak hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu dan mendengar dan memutuskan apa-apa tuntutan balas.
64
Undang-Undang Malaysia
(2)
Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman mengenai tuntutan plaintif di bawah perenggan (1)(b) atau tuntutan balas defendan di bawah perenggan (1)(c), memerintahkan plaintif atau defendan, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya mengangkat sumpah istizhar.
(3)
Jika terdapat lebih daripada seorang plaintif atau defendan dan hanya seorang sahaja daripada mereka yang hadir, Mahkamah boleh mendengar tindakan itu terhadap pihak yang hadir itu dan memutuskan tindakan terhadap pihak-pihak yang tidak hadir mengikut subseksyen (1) atau (2).
(4)
Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (3) memerintahkan penangguhan.
Tuntutan balas